Artis Veteran Dato' Yahya Sulong terima bantuan.
Artis Veteran Karim Latif terima bantuan.
Atas tanggungjawab sosial, syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Premier V3 tampil menghulur sumbangan kepada artis veteran yang memerlukan bantuan.
Dalam program tersebut, sejumlah RM20,000 telah diserahkan kepada empat artis veteran iaitu Datuk Yahya Sulong, Karim Latif, Latifah Omar dan Azean Irdawaty.
Penerima sumbangan, Yahya berkata, beliau bersyukur dengan sumbangan yang cukup bermakna dan berharap agar program sebegini dapat dilaksanakan secara berterusan.
“Walaupun pada dasarnya saya tidak mengenali syarikat ini, namun ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Premier V3 kerana masih mengingati artis veteran yang banyak menyumbangkan keringat dalam industri karya seni,” katanya selepas majlis penyerahan sumbangan di Quality Hotel City, Kuala Lumpur, kelmarin.
Sementara itu, Pengarah syarikat, Siti Azwani Abu Bakar berkata, setiap artis menerima sumbangan sebanyak RM5,000 dan pihaknya berharap, ia dapat meringankan beban yang mereka hadapi.
”Artis juga hanya insan biasa yang perlu diberikan keprihatinan terhadap kesengsaraan penyakit yang mereka hadapi dan sememangnya pada permulaan perniagaan, saya berazam untuk berkongsi keuntungan kepada yang memerlukan bagi meringankan beban yang ditanggung.
“Oleh itu, saya berjanji akan mengagihkan keuntungan yang diperoleh kepada insan-insan yang memerlukan dari semasa ke semasa,” katanya.
Syarikat Premier V3 yang baru bergiat dalam enam bulan mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna tempatan dan bakal menakluki pasaran tempatan dengan siri Jelajah Skuad V3, antaranya dengan mengunjungi pusat-pusat kecantikan, kiosk dan toko jamu di seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: