Piala Sultan Ahmad Shah
MUNGKIN Piala Sultan Ahmad Shah bukan trofi rebutan utama tetapi bagi Kelantan dan Negeri Sembilan yang bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, kemenangan dalam perlawanan sumbangsih pembuka tirai Liga Super itu membawa banyak signifikasi.
Sehubungan itu, tiada istilah sambil lewa atau tidak serius mengiringi langkah pemain kedua-dua pasukan apabila masuk ke padang kerana Piala Sultan Ahmad Shah mampu menceriakan koleksi kejuaraan skuad Peter Butler dan Mohd Azraai Khor Abdullah.
Malah pertukaran venue pada saat-saat akhir dan kegagalan untuk menjalani latihan dengan sempurna ekoran masalah cuaca buruk di Kota Bharu juga tidak merencatkan semangat Kelantan.
“Saya tidak mahu bercakap mengenai mereka (Negeri Sembilan) kerana lebih baik fokus kepada persiapan pasukan sendiri.
Kalau mereka ada pemain muda dan berpengalaman, kami juga ada pemain yang bagus.
“Pada perlawanan itu (persahabatan), saya gunakan ramai pemain muda, jadi ia bukan ukuran sebenar kekuatan kami,” kata Butler merujuk kepada kekalahan 1-3 dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: