Wednesday, January 11, 2012

Trend busana Muslimah 2012


Jaket dan hud antara kelainan fesyen Muslimah kali ini.


PENAMPILAN corak dan potongan moden mengangkat koleksi ini ke pasaran fesyen global. Padanan tudung moden mengimbangi penampilan khususnya wanita yang sering mengikut peredaran fesyen.

Justeru itu, wanita bertudung masih kelihatan anggun dengan menutup aurat.

Menyedari terdapat permintaan besar terhadap pakaian Muslimah moden, Hajaba kini menawarkan rangkaian eksklusif busana muslim dengan rekaan terkini dan menawan.

Menurut pemilik Hajaba , Mona Din, trend busana Muslimah pada tahun 2012 kebanyakannya menampilkan rekaan moden dan kasual kemas.

Sementara itu, penggunaan warna lembut dan kelabu menjadi pilihan tahun ini.

"Kelabu dikatakan pilihan warna kebanyakan pereka antarabangsa. Manakala potongan busana Muslimah kali ini lebih moden seperti kembang di bahagian bawah pinggang. Gaya ini boleh dipadankan dengan tali pinggang, seluar longgar atau gaun labuh," ujarnya.

Tidak ketinggalan, fabrik denim dan jaket yang mempunyai hud diubahsuai menjadi jubah atau blaus semakin diminati golongan wanita bertudung.

Fesyen ini dilihat lebih moden dan kasual.

Koleksi denim selesa dan praktikal dipakai ke pejabat kerana kainnya yang lembut dan tidak panas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: