PENYANYI Taylor Swift memberitahu perasaan cinta yang sangat mendalam kepada pasangannya telah menjadikan diri dia seorang yang bodoh.
Sebaliknya kata penyanyi lagu Love Story ini, dia berasa lebih bijak apabila tidak memberikan perhatian seratus peratus kepada pasangannya.
"Saya adalah seorang wanita yang bijak kecuali ketika jatuh cinta. Ketika itu saya akan menjadi seorang yang bodoh.
"Sebab itu juga saya tidak mempunyai kekasih dan tidak mahu berpacaran buat ketika ini," ujarnya kepada majalah Vogue.
Penyanyi muzik “country” ini pernah dikhabarkan bercinta dengan Joe Jonas, Taylor Lautner, John Mayer dan Jake Gyllenhaal.
Dia juga dikatakan sedang patah hati dengan penyanyi John Mayer dan masih mencintai penyanyi itu.
"Patah hati itu masih terasa tetapi ia memberikan inspirasi untuk album saya yang seterusnya.
"Satu-satunya cara untuk membuatkan aku lebih rasa baik adalah dengan meluahkan semua rasa sedih itu ke dalam lagi," ujarnya.
ya,mmg betul sy pun fikir mcm tu jgk :)
ReplyDelete