Syarikat pengeluar rangkaian minuman berasaskan buah kundur milik penuh Bumiputera, Qundur AgroFood berhasrat menjadi pengeluar jenama kundur dikenali di pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pengarah Urusannya, Jamaluddin Ismail berkata, Qundur AgroFood adalah satu-satunya pengeluar produk 100 peratus berasaskan kundur seperti kordial, jem, halwa, aiskrim, serbuk kundur, sup kundur dan kek lapis perisa kundur dengan menggunakan 35 peratus sari kundur sebenar.
“Kami hanya mengeluarkan produk secara kecil-kecilan bergantung kepada permintaan. Jika ada permintaan kami mampu menghasilkan pengeluaran produk sehingga 50,000 setiap bulan yang dilakukan secara manual.
“Walaupun produk kami hanya berada di pasaran sejak dua tahun lalu, namun kami mendapat sambutan daripada pelanggan yang amat menggalakkan terutamanya halwa kundur yang baru diperkenalkan telah habis dijual sehingga 1,000 peket,” katanya.
Menurutnya, buah kundur mempunyai khasiat tinggi sebagai penawar dan membantu mengurangkan penyakit kronik.
Katanya, produk terbaru minuman serbuk kundur, iaitu minuman yang boleh membantu menjaga diet dan mengurangkan berat badan itu telah diuji oleh Universiti Putra Malaysia.
Jamaluddin berkata, dengan bermodalkan RM200,000 bagi mesin dan proses penyelidikan serta pembangunan produk sejak 2010, Qundur AgroFood mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan bergantung kepada permintaan.
“Kami berhasrat membuka kilang lebih besar.
“Kami turut mahu memasuki pasar raya tempatan dan kedai runcit sebelum meneroka pasaran China menerusi,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: