Strategi pemasaran dilihat menjadi salah satu faktor utama dalam bidang perniagaan diceburi seseorang, malah pelbagai mekanisme digunakan memastikan umum mengetahui kewujudannya.
Berbeza dengan Butik Langsir Raflesia, mereka lebih memilih menyertai ekspo perniagaan anjuran pelbagai agensi tidak kira sama ada kerajaan atau swasta bagi menguar-uarkan kemunculan mereka dalam bidang tempahan langsir dan sebagainya.
Pengusahanya, Maslinda Kuduri berkata, dia memulakan perniagaan itu sejak 2006 dan bukan sahaja menerima tempahan atau menjual langsir pasang siap, malah turut menawarkan kelas jahitan kepada orang ramai.
“Antara produk dihasilkan melibatkan selimut tebal, cadar dan kraf tangan seperti sarung pemegang, bakul sampah dan bantal. Modal permulaan keseluruhan mencecah RM10,000, RM5,000 digunakan untuk membeli mesin jahit tepi dan lurus.
“Penyertaan dalam ekspo adalah bertujuan meninjau pasaran luar terhadap tempahan langsir supaya dan pemantauan ini telah dilakukan sebelum saya memulakan perniagaan tersebut dengan lebih serius sehingga ke tahap ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, kepuasan pelanggan menjadi keutamaannya maka dia perlu memastikan pekerjanya kelak dapat memberi perkhidmatan terbaik dalam setiap jahitan dilakukan. Sasaran perolehan musim perayaan 2012 adalah RM8,000 dan pastinya lebih tinggi daripada sebelum ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: