IPOH – Lebih 6,000 penduduk di tujuh penempatan di Tanjung Rambutan di sini menggesa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menunaikan janji lima tahun lalu untuk memindahkan Tapak Pelupusan Sampah Bercham ke tempat lain.
Penduduk yang tidak sanggup lagi dengan pencemaran udara sudah hilang sabar apabila janji MBI untuk menghentikan operasi tapak pelupusan berkenaan pada penghujung Disember lalu tidak dikotakan.
Taman terbabit termasuklah Taman Jothi, Taman Berjaya, Taman Berjaya Baru, Kampung Lim Tan, Kampung Tersusun Batu 8 dan Bandar Baru Putra, Taman Indah.
Seorang penduduk, Abdul Razak Mohamad, 65, berkata, pencemaran semakin ketara apabila MBI tidak lagi mengambus sampah dengan tanah sebaliknya timbunan sampah semakin menggunung dan menjijikkan.
“Apa yang mendukacitakan MBI sendiri mengetahui tapak pelupusan sampah ini sangat tercemar dan ia diakui sendiri oleh Jabatan Alam Sekitar,” katanya.
Tapak Pelupusan Sampah Bercham merupakan satu-satunya tempat pembuangan sampah di situ dan menerima sebanyak 650 juta metrik sampah sehari.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: