Saturday, January 28, 2012

Penginapan pengembara kelas perniagaan


NIKMATI sajian Jepun di Kampachi yang menggunakan kemahiran tukang masak dari Ginza.


RASAI sendiri perkhidmatan dan fasiliti bertaraf dunia yang disediakan dengan layanan mesra di Hotel Equatorial Kuala Lumpur.

Hotel kelas perniagaan antarabangsa yang mengutamakan kecekapan, keselesaan dan keselamatan itu menawarkan 275 buah bilik sekali gus memancarkan kehangatan perasaan serta nilai tambah bagi suitenya yang mewah.

Segala kemudahan yang ditawarkan di hotel tersebut direka bentuk mengikut pemikiran pengembara kelas perniagaan. Ia meliputi sebuah pusat perniagaan yang lengkap dengan tempat kerja persendirian, tujuh bilik acara majlis, kolam renang, pusat kecergasan yang dilengkapi peralatan latihan senaman terkini termasuk Vila Manja Spa dan pusat mengurut.

Hotel Equatorial di Jalan Sultan Ismail yang berlokasi di kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur sememangnya strategik menjadi tumpuan perniagaan dan pusat hiburan.

Radius di tengah ibu kota, menyebabkan pengunjung boleh berjalan kaki sahaja untuk ke Menara Berkembar Petronas, Suria KLCC dan pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur.

Terokai tempat berehat eksklusif dengan ciri-ciri istimewa dan perkhidmatan yang direka bagi memenuhi keperluan perniagaan anda.

Ruang rehat Kelab Equator merupakan tempat paling ideal untuk merehatkan minda. Pilihan akhbar yang pelbagai, terbitan berkala dan bahan bacaan lain tersedia untuk tatapan tetamu. Begitu juga dengan akses jalur lebar secara percuma.


NIKMATI penginapan selesa dalam suasana mewah menerusi suite-suite Equatorial.


Lapangkan diri untuk menggunakan kemudahan WiFi tanpa wayar di mana-mana kawasan di ruang istirehat yang disediakan.

Ambil peluang untuk merasai keseronokan dalam ruang istirehat Kelab Equator dengan menikmati sarapan setiap pagi dan snek bersama koktel pada waktu petang.

Hotel yang terkenal dengan jolokan tempat makan terbaik di ibu kota itu pernah memenangi anugerah. Antaranya restoran Chalet yang pernah dianugerahkan Most Outstanding Restaurant Wine Lists in the World 2007 and 2008 oleh Wine Spectator Publications.

Salah sebuah restoran Jepun paling terkenal di Kuala Lumpur yang terdapat di hotel ini ialah Kampachi. Ia menawarkan makanan tradisional dan kontemporari istimewa dari tukang masak yang mahir berasal dari Ginza, Jepun.

Kampachi turut menerima Anugerah Penghargaan oleh Pertubuhan Makanan dan Wain Antarabangsa (IWFS).

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Komunikasi dan Pemasaran di talian 03-2161 7777/2160 atau e-mel di carolchin@kul.equatorial.com atau hanifah.sjahli@kul.equatorial.com.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: