Wednesday, January 11, 2012

Pengiktirafan kepada sukan


Sharifah Azian Tuan Muda meminati aktiviti yang boleh boleh membina sikap tahan lasak dari segi mental dan fizkal.


KEBANYAKAN individu hari ini mempunyai gaya hidup yang sibuk dengan kerja dan tugasan masing-masing sehingga terasa masa rehat hujung minggu selama sehari atau dua tidak mencukupi untuk beriadah bersama keluarga serta rakan taulan.

Melihatkan keadaan tersebut, maka pelbagai aktiviti direka bagi memenuhi masa lapang dengan meluahkan masa melakukan aktiviti yang berfaedah serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Namun golongan yang bekerjaya mempunyai waktu yang terbatas terutamanya untuk melakukan aktiviti sihat seperti bersukan.

Oleh sebab itu, aktiviti rekreasi yang lebih tertumpu kepada ketahanan fizikal dan mental kini menjadi pilihan ramai bagi menggantikan aktiviti bersukan.

Selain lebih lasak dan mencabar kemampuan diri, aktiviti seperti perkhemahan, rock climbing, selam skuba, abseiling dan meredah hutan belantara juga mampu menyihatkan badan.

Boleh dikatakan yang kesemua aktiviti berbentuk rekreasi dapat membentuk remaja yang mempunyai jati diri, berdisiplin dan sedia menghadapi cabaran.

Dalam pada itu, sukan rekreasi turut membentuk personaliti yang baik untuk melahirkan modal insan negara kelas pertama sehingga syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan aktiviti rekreasi seperti kem bina semangat dan lain-lain tumbuh seperti cendawan.

Sebelum ini kebiasaannya aktiviti rekreasi hanya berbentuk sebagai sukan, permainan, hobi atau aktiviti melancong dan hanya dilakukan pada hujung minggu.

Namun selaras dengan cita rasa remaja yang inginkan cabaran, pelbagai kegiatan rekreasi semakin berkembang dari sukan udara, daratan dan air.

Pada dasarnya, remaja sangat tertarik dengan aktiviti yang lasak serta mencabar.

Keterlibatan mereka dengan aktiviti seumpama ini akan mengurangkan kecenderungan mereka untuk terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat.

Dengan bimbingan dan dorongan jurulatih yang berpengalaman mereka ini boleh dibentuk hingga menjadi mahir sebagai jurulatih yang bertauliah.

Pengiktirafan dalam bidang seumpama ini kini telah diterokai sehingga mampu mendatangkan pulangan kewangan yang baik serta dijadikan sebagai salah satu matapelajaran teras di peringkat universiti atau kolej.

Melihatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dari segi penyertaan belia dalam acara berbentuk rekreasi, kerajaan turut mengambil inisiatif untuk menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dijadikan gelanggang aktiviti tersebut seperti di Taman Cabaran Putrajaya, Taman Negara di seluruh negeri, gunung-ganang dan pulau-pulau yang sesuai untuk aktiviti selam skuba.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: