Sunday, January 1, 2012

MPAJ tidak perbaharu permit kelab malam yang ada tarian tiang


KERATAN Kosmo! 29 Disember 2011.


KUALA LUMPUR – Permit kelab malam yang menyajikan persembahan tarian tiang di Pandan Perdana dekat sini tidak akan diperbaharui sekiranya siasatan mendapati operasinya melanggar peraturan.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abd. Hamid Hussain berkata, pihaknya kini sedang mengumpul bukti mengenai kegiatan itu.

“MPAJ berkemungkinan besar tidak menyambung permit premis itu yang tamat pada 31 Disember (semalam) jika ada bukti tentang dakwaan wujud tarian tiang di situ.

“Keputusan mengenai status permit itu akan dibuat pada awal Januari ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Akhbar Kosmo! kelmarin melaporkan sebuah kelab malam di Pandan Perdana didapati menyediakan khidmat tarian tiang berunsur seks oleh wanita tempatan dan wanita warga asing.

Mengikut laporan itu, penari terbabit hanya memakai coli dan seluar dalam semasa membuat persembahan. Mereka juga dikatakan tidak segan silu mempamerkan aksi ghairah kepada pengunjung yang rata-rata adalah lelaki tempatan.

Dalam pada itu, Abd. Hamid berkata, anggota penguat kuasa MPAJ telah melakukan pemantauan ke atas kelab malam terbabit selepas laporan kegiatan tidak bermoral mereka dibongkar oleh akhbar ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: