MEMILIKI sepasang mata yang galak dan bulu mata lentik cukup memukau bagi seorang yang bernama wanita. Malah tiada siapa yang mampu menolak. Solekan di mata sebenarnya sudah mencukupi bagi mereka yang terlalu sibuk.
Namun ada sesetengah yang mendakwa pemakaian maskara menjadi comot jika tidak kena gayanya. Malah menyusahkan apabila ingin berwuduk
Melalui inovasi oleh Lancome, maka akhirnya lahir satu produk maskara yang mampu mengatasi halangan tersebut.
Maskara yang diberi nama Hypnose Doll Eyes itu dirumus menggunakan latek yang mana amat sesuai dengan cuaca Asia.
Menurut jururunding solekan Lancome, Zamri Zainol, maskara yang comot terhasil apabila ia bercampur dengan air.
Bagaimanapun, Hypnose Doll Eyes telah diuji walau setelah digosok ia tidak akan comot. Malah pemakaiannya cukup mudah dan senang.
"Sebab itulah pemakaiannya disarankan kerana apabila hendak mencuci ketika mengambil wuduk mereka hanya perlu menggunakan air biasa dan tolak maskara ke luar. Maskara akan keluar dalam bentuk kepingan dan tidak comotkan keliling mata," ujarnya.
Zamri yang turut mendemonstrasikan pemakaian maskara terbaru Lancome itu berkata, ia satu maskara yang sesuai untuk wanita yang sibuk pada masa kini.
"Tidak perlu menggunakan curler (pelentik bulu mata) bagi membentuk bulu mata lentik.
"Selepas maskara kering boleh melentikkan bulu mata dengan jari sahaja. Bahan lilin yang ada dalam ramuan ini membuatkan bulu mata amat mudah dilentikkan," jelasnya.
Katanya lagi, maskara terbaru itu juga didatangkan bersama berus yang direka untuk menyikat setiap helai bulu mata termasuk yang paling pendek di penjuru mata bagi mendapat hujung yang jelas berasingan dan sempurna.
Sebagaimana kebanyakan maskara Lancome lain,Hypnose Doll Eyes menggunakan rumusan eksklusif yang berasaskan polimer bagi menjadikan bulu mata lebih lebat.
"Formula serba baru itu menjadikan ia melentik, memanjang, melebat dan mengilatkan bulu mata dengan sedikit haruman bunga,'' ujarnya.
Kata Zamri lagi, pemakaian maskara dengan cara yang betul juga mampu membuatkan bentuk mata seseorang itu lebih ceria dan kelihatan bundar.
"Ramai yang tidak tahu, maskara boleh membantu bulu mata anda menjadi lebih lentik.
"Dengan teknik yang betul, anda kini tidak perlu bersusah payah membeli bulu mata palsu.
"Sebaliknya, wanita yang membeli bulu mata palsu pula tidak mahir menggunakannya.
"Jadi, maskara adalah alternatif yang paling sesuai. Saya mahu syorkan maskara terbaru, Hypnose Doll Eyes untuk kepuasan pengguna," jelasnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: