Thursday, January 26, 2012

Bergaya pada Tahun Naga


Masih kekal dengan motif oriental.


GONG Xi Fa Cai. Tirai festival tahun baru 2012 bermula dengan perayaan paling awal iaitu Tahun Baru Cina. Seperti sambutan perayaan lain di negara ini, Tahun Baru Cina tetap disambut meriah oleh masyarakat Tionghua.

Tahun ini adalah Tahun Naga. Bagi yang berkesempatan membuat persiapan awal, pastinya mereka sudah menyediakan beberapa pasang pakaian baru bersesuaian dengan sambutan tersebut.

Sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Parkson tidak mahu ketinggalan mengetengahkan beberapa jenama seperti Mirabelle, Upfront, Monsoon, Tokidoki, Via Repubblica dan banyak lagi.

Sesuai dengan kedatangan Tahun Naga, ia menampilkan himpunan terbaru ceongsam yang menemukan moden dan tradisional untuk digayakan pada Tahun Baru Cina.

Himpunan ceongsam kali ini mengembalikan ingatan terhadap kegemilangan seni jahitan sulam wanita Cina yang suatu ketika dulu dikagumi kerana ketelitian dan kehalusan buatannya.

Kebanyakan ceongsam diberi sentuhan tradisional dan diperindah sentuhan moden yang glamor.

Warna-warna terang daripada fabrik mewah seperti sutera Shantung dan Thailand, broked, satin, linen dan sifon sememangnya sinonim dengan suasana girang musim perayaan.

Selain merah, rona ceria lain seperti oren, merah samar dan biru terang menguasai suasana sebagai lambang kepada kemakmuran dan murah rezeki.

Tidak ketinggalan ceongsam berkolar mandarin tegak berhias dan diberi sentuhan moden dengan penggunaan fabrik renda beralas satin.

Gaun pendek bebas lengan berpotongan lurus daripada fabrik renda dan satin mendominasi rekaan ceongsam tahun ini. Ketelitian butang bersimpul, piping satin dan jahitan biku indah pula menampilkan gaun kasual untuk ke acara rasmi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: