Sunday, January 29, 2012

Lelaki cenderung berkonflik


LELAKI memiliki naluri untuk agresif terhadap sesiapa yang mereka anggap sebagai orang luar.


TIDAK kira di pejabat, jalan raya, pentas politik ataupun di padang bola, konflik memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi melibatkan golongan lelaki.

Menurut satu penyelidikan yang diketuai profesor psikologi dari Universiti Amsterdam, Belanda, Profesor Mark van Vugt, lelaki memiliki naluri untuk agresif terhadap sesiapa yang mereka anggap sebagai orang luar.

Keadaan ini boleh mendorong kaum Adam menunjukkan kemarahan walaupun disebabkan perkara kecil pada orang yang tidak dikenali.

Sebaliknya, golongan wanita dianggap lebih lembut dan mudah bersahabat.

"Sifat yang ditonjolkan oleh golongan wanita ini boleh meredakan konflik sekali gus berupaya melindungi anak-anaknya," kata van Vugt dalam penyelidikan mengenai falsafah psikologi pergaulan lelaki.

Kajian itu turut menjelaskan mengapa lelaki lebih mudah bersatu dalam kumpulan lebih-lebih lagi jika mereka sedang bersaing dengan kelompok lain.

"Evolusi pemikiran ini memang sukar untuk difahami walaupun ia telah dikaji sejak beribu-ribu tahun yang lampau.

"Ia adalah cara berfikir dan bertindak yang secara tidak langsung diperturunkan dari generasi ke generasi dan tidak mudah untuk kita mengubah pola pemikiran manusia yang sudah dipraktikkan sejak ribuan tahun dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: