KEBIMBANGAN untuk menikmati urutan badan yang betul seringkali wujud sebelum berkunjung ke spa buat pertama kali. Pertanyaan yang sering timbul antaranya adakah pakar terapinya bertauliah dan produk yang digunakan selamat.
Namun, jangan ragu-ragu saat bertandang ke Energy Academy yang terletak di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur kerana selain memiliki spa sendiri, ia juga melahirkan pakar-pakar terapi spa yang berpengetahuan dan bertauliah melalui program yang diiktiraf kerajaan.
Justeru, sebagai sebuah akademi yang dipercayai, Energy Academy menjadi salah satu destinasi wajib bagi mereka yang ingin merehatkan badan yang letih dan kelesuan tanpa perlu bimbang dengan kualiti perkhidmatannya.
Konsep
Pancaran lampu kuning yang malap mewujudkan ketenangan semasa menjalani rawatan di spa itu.
Haruman serai yang menyegarkan memenuhi segenap ruang spa selain mempunyai kebaikan aroma terapi minda kepada para pelanggannya.
Selain itu, rekaan dalaman berkonsepkan moden kontemporari tetapi, mengutamakan penataan warna-warna alam seperti hijau dan perang memberikan satu persekitaran yang sejuk mata memandang.
Menawarkan
|
|
Rawatan spa dari hujung rambut ke hujung kaki di Energy Academy merangkumi urutan badan penuh, urutan badan spesifik, skrub badan, balutan badan, mandian stim, pelangsingan, terapi tangan dan kaki, penjagaan kuku dan melilin telinga.
Rawatan spa lain termasuklah rawatan pakej wajah, signatur tenaga, rawatan leher, mata, belakang badan, waxing penuh dan waxing bahagian tertentu badan.
Keistimewaan
Selain memberikan rawatan spa terbaik, Energy Academy turut menawarkan Program Perantisan Spa yang mengandungi Kursus Spa & Komplementari, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap Dua melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Menurut Pengarah Eksekutif Energy Academy, Rahatul Baney Mohd. Amin, program usaha sama dengan Kementerian Pelancongan itu menawarkan kursus selama 18 bulan termasuk tiga bulan kelas sepenuh masa, tiga bulan praktikal dan 12 bulan kontrak bekerja bagi pelatih yang lulus.
"Pelatih hanya perlu membayar sebanyak RM500 untuk yuran belajar, manakala selebihnya sebanyak RM6,500 akan dibiayai oleh Kementerian Pelancongan dan Majikan Spa.
"Pelatih-pelatih yang telah ditauliahkan kemudiannya boleh menyambung pengajian peringkat Diploma Anatomi dan Fisiologi atau Diploma Terapi Spa di bawah Program Pergabungan Terapi Kecantikan Antarabangsa dan Kosmetologi United Kingdom (UK)," katanya yang juga merupakan Presiden Persatuan Spa Malaysia (AMSPA).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: