Monday, January 2, 2012

Larian lebih cengkaman


NIKE LunarGlide + 3 Shield direka dengan memiliki tahap rintangan air agar mudah dibersihkan.


IKLIM tropika di Malaysia menyebabkan negara ini sering menerima taburan hujan yang tinggi sepanjang tahun. Kekerapan hujan juga meningkat menjelang musim tengkujuh dan ia membuatkan pergerakan orang ramai terbatas.

Permukaan jalan yang licin dan takungan air di merata tempat boleh mengundang kemalangan kecil seperti tergelincir dan terjatuh hingga membuatkan kita tercedera.

Kekalkan momentum larian

Kadangkala kita tidak dapat mengelak daripada berjalan atau meredah hujan pada masa-masa tertentu, jadi pastikan kasut yang dipakai bersesuaian dengan cuaca.

Hujan mengurangkan cengkaman kasut serta menyebabkan pengurangan geseran akibat permukaan jalan yang basah terutama buat mereka yang gemar melakukan aktiviti sukan seperti berjoging.

Bagi mengekalkan momentum individu yang berlari dalam hujan, Nike memperkenalkan Nike LunarGlide+ 3 Shield yang mampu membuatkan pelari kekal kering, hangat dan selamat saat berlari.


TAPAK kasut Lunarlon foam memberi lebih cengkaman saat anda berlari walaupun dalam hujan.


Ia sangat stabil kerana memiliki lapik kusyen yang lembut di bahagian dalamnya serta membantu individu mengecapi larian lancar serta sentiasa fleksibel.

Direka dengan ciri-ciri tersendiri, tapak kasut dengan Lunarlon foam bertindak sebagai sokongan buat si pemakai.

Alur di permukaan dalamannya juga tebal dan potongannya berbeza mengikut kesesuaian jantina yang memiliki kontras ketika berlari.

Di bahagian tapaknya pula, terdapat kawasan berwarna hijau yang mengekalkan keutuhan seseorang berpijak di atas permukaan licin.

Nike LunarGlide+ 3 Shield juga tahan rintangan air menjadikannya mudah dibersihkan jika terkena lumpur atau tanah kotor.

Keupayaannya memantulkan cahaya dalam suasana gelap jua meningkatkan lagi keyakinan orang ramai untuk memilikinya yang kini dijual disemua butik Nike seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga bermula RM409.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: