Friday, January 13, 2012

Karen Gillan bawa watak supermodel Jean Shrimpton


Karen Gillan


LOS ANGELES 12 Jan. - Pelakon siri televisyen Doctor Who, Karen Gillan mengakui tidak pernah mengambil serius tentang kerjaya menjadi seorang model.

Gillan, 25, diberi watak sebagai Jean Shrimpton, seorang daripada supermodel pertama di dunia pada 1960 dalam drama terbarunya, We'll Take Manhattan yang akan ditayangkan di saluran BBC4.

Menurutnya, dia memahami peranan supermodel itu.

"Sebagai model, saya hanya perlu melakukan apa yang diberitahu dan ia tidak menyusahkan kerana saya rasa ia tidak memerlukan banyak latihan.

"Saya tidak pernah mengambil serius tentang kerjaya menjadi seorang model, jadi saya tidak merasai tekanan itu," katanya kepada majalah Stylist.

Gillan turut menyatakan bahawa dia tidak berjumpa dengan Shrimpton ketika membuat persediaan bagi watak tersebut, namun dia pernah membaca autobiografi mengenai supermodel itu.

"Saya tidak mempunyai peluang kerana Shrimpton agak sibuk menguruskan hotelnya di Penzance," jelasnya.

"Autobiografi itu ditulis Shrimpton ketika dia berada di kemuncak kemasyhuran, jadi dia jujur tentang pendapatnya mengenai bidang pemodelan," ujar Gillan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: