Friday, January 6, 2012

Kardashian kerjasama buat patung Barbie


Kim Kardashian bersama adik-beradiknya, Kourtney dan Khloe Kardashian serta ibu mereka, Kris Jenner di Las Vegas, baru-baru ini.


LOS ANGELES 5 Jan. - Tiga beradik Kardashian dilaporkan akan bekerjasama dengan syarikat pembuat alat permainan Amerika Syarikat (AS), Mattel untuk menghasilkan anak patung Barbie versi selebriti itu dalam edisi terhad yang akan datang, lapor majalah US Weekly.

Menurut sumber, syarikat Mattel akan mengambil Kourtney, Kim dan Khloe Kardashian dari program realiti Keeping Up with the Kardashians sebagai inspirasi bagi keluaran patung Barbie edisi terhad.

"Patung Barbie itu akan mempunyai bentuk badan ketiga-tiga selebriti itu dan mungkin dikeluarkan bersama rekaan pakaian Kardashian," jelas sumber itu.

Bagaimanapun, Mattel enggan mengulas kenyataan itu dan tidak memberi sebarang komen terhadap khabar angin mengenai produk keluaran syarikat mereka.

Namun, satu sumber lain memaklumkan dalam Twitter pada 1 Januari lalu bahawa Barbie berasa sangat teruja untuk memulakan projek barunya.

"Kini saya akan mengejar impian untuk menjadi pereka fesyen," jelas Barbie dalam Twitter.

Kim Kardashian yang menjadi tumpuan utama pada tahun lalu selepas bercerai dengan pemain bola keranjang, Kris Humphries hanya 72 hari selepas perkahwinan mewahnya, turut memberi komen dalam Twitter.

"Saya berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk bekerjasama dengannya," kata Kim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: