Saturday, January 28, 2012

Kajol gembira jadi ibu


KAJOL berharap dapat membuat sebuah filem apabila menerima tawaran yang bagus dan pada masa yang sesuai.


MUMBAI - Aktres jelita, Kajol yang dilihat berlakon kali terakhir dalam filem animasi, Toonpur Ka Superhero, memaklumkan berasa gembira dengan cara hidupnya sekarang dan menjadi seorang ibu yang amat memanjakan dua anaknya.

"Saya berasa gembira kerana mempunyai banyak masa dan dapat menikmati kehidupan.

"Saya juga berasa seronok ketika menghabiskan masa bersama dua anak saya," kata Kajol, 37, semasa merasmikan kedai beg tangan Malaga Bespoke.

Pelakon itu turut memaklumkan tidak mempunyai sebarang projek baru buat masa ini, namun berharap dapat menjadi sebahagian daripada projek baik pada masa yang akan datang.

"Saya harap dapat membuat sebuah filem apabila menerima tawaran yang bagus dan pada masa yang sesuai," ujarnya.

Kajol pernah memenangi anugerah Filmfare bagi kategori pelakon wanita terbaik untuk filem My Name Is Khan pada tahun lalu.

Baru-baru ini, dia juga ''meminjam suaranya'' bagi sebuah filem animasi, Koochie Koochie Hota Hai arahan Karan Johar versi filem Kuch Kuch Hota Hai tahun 1998.

Selain itu, Kajol akan membuat penampilan dalam satu babak filem Student Of The Year, terbitan Karan Johar dan Datuk Shah Rukh Khan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: