![]() |
| ERYKAH BADU |
DILAHIRKAN dengan nama Erica Abi Wright, wanita ini terkenal menerusi nama pentasnya, Erykah Badu. Seorang pejuang muzik R&B dan soul sehingga diberi gelaran Ratu Neo Soul, Erykah tidak asing bagi penggemar muzik aliran itu. Namanya cukup besar sejak muncul dengan album perdana pada tahun 1997, Baduizm dan terakhir muncul dengan album kesembilan, Out My Mind, Just In Time Tour.
Lebih menjadikan dia terkenal, muzik yang dibawa diterjemah dengan imej eksentrik yang ditonjolkan sehingga ia sempat menjadi ikutan peminat-peminatnya.
Sedar akan pengaruh tersendiri yang ada dalam diri komposer, penyanyi dan pelakon eksentrik ini, pihak Pineapple Concerts Sdn. Bhd. berani membuka pintu membawa Erykah mengadakan persembahan sulungnya di Malaysia, malah yang pertama juga diadakan di Asia dalam konsert yang diberi nama Erykah Badu Live in Kuala Lumpur 2012.
Bakal diadakan pada 28 Februari ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Pengarah Urusan Pineapple Concerts, Razman Razali memberitahu pihak mereka tidak teragak-agak membawa penyanyi itu ke Kuala Lumpur kerana profil kariernya yang cukup baik sepanjang dia terbabit sebagai anak seni.
"Dia memiliki keunikan tersendiri. Mungkin dia tidak pernah mendominasi pasaran muzik komersial secara besar-besaran, bagaimanapun karyanya mempunyai pengaruh tersendiri dan dianggap antara yang terbaik dalam aliran muziknya, Neo Soul.
"Dia seorang legenda dan tidak rugi untuk melihat dia membuat persembahan secara live - satu pengalaman yang barangkali sukar untuk diperoleh lagi kelak," ujarnya.
Kini tiket konsert tersebut telah mula dijual di semua rangkaian Rock Corner & Victoria Music atau hubungi talian 603 8775 4666. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.pineappleconcerts.com.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: