Wednesday, January 4, 2012

Dua Awang Hitam ke mahkamah


ALIF (tutup muka) dan Ugwu dibawa ke Mahkamah Sesyen Melaka untuk didakwa semalam.


MELAKA – Seorang lelaki Afrika yang bertindak kasar dengan pihak berkuasa semasa ditahan kerana tiada dokumen sah memasuki negara ini pada bulan lalu didakwa atas tiga kesalahan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Bagaimanapun, Alif Hassan, 51, mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan iaitu masuk secara haram ke negara ini, memiliki dokumen perjalanan palsu dan mengganggu tugas penjawat awam.

Kesemua pertuduhan itu didakwa dilakukan pada pukul 1.45 petang di sebuah kedai makan di Pangsapuri Kota Laksamana di sini pada 15 Disember lalu.

Bagi kesalahan memasuki negara ini tanpa dokumen, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan sebatan tidak lebih enam kali.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: