Wednesday, January 4, 2012

Warga emas mangsa tipu sindiket gores dan menang


KIM YING menunjukkan laporan polis kepada Chee Boon di pejabatnya di Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang warga emas Singapura kerugian RM14,500 selepas terjebak dengan helah sindiket gores dan menang selepas berurusan di sebuah bank berhampiran jejantas pusat beli-belah City Square di sini baru-baru ini.

Mangsa, Tham Kim Ying, 76, berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang pada 19 Disember lalu, dia yang baru selesai berurusan di sebuah bank di dalam pusat beli-belah itu didatangi dua lelaki berbangsa Cina yang memintanya menggores salah satu kad yang menawarkan hadiah lumayan.

“Saya pada mulanya tidak berminat untuk menggores kad tersebut tetapi akibat terpengaruh dengan pujukan mereka, saya menggores satu kad dan diberitahu memenangi peralatan rumah iaitu dapur digital, tilam kesihatan dan penapis air dengan percuma.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: