Thursday, January 12, 2012

Boleh simpan minyak masak


ISMAIL SABRI dan timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe menunjukkan senarai harga barang kawalan sempena Tahun Baru Cina di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA – Peruncit di seluruh negara dibenarkan untuk menyimpan bekalan minyak masak melebihi bekalan biasa sebagai persediaan awal untuk menghadapi perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu telah mendapat persetujuan daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Katanya, MPOB juga bersetuju untuk menambah kuota pengeluaran minyak masak sebanyak 10 peratus sepanjang bulan ini bagi memastikan barangan keperluan tersebut mencukupi.

“Kementerian juga akan memastikan pejabat kementerian di seluruh daerah mempunyai simpanan minyak masak sebagai langkah mengatasi masalah kekurangan minyak masak,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Ahmad Sabri memberitahu, sebanyak 13 jenis barang di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baru Cina 2012 diumumkan sebagai barang kawalan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: