|
|
LOS ANGELES - Aktres jelita, Angelina Jolie mengakui berdepan dengan tekanan perasaan semasa penggambaran filem pertama arahannya, In the Land of Blood and Honey.
“Saya sering mengalami masalah emosi semasa membuat penggambaran filem itu kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang besar.
Saya berasa kecil hati dan tidak yakin boleh mengarah filem tersebut,” katanya kepada laman contactmusic.com.
Jolie juga memaklumkan tidak pernah merancang untuk menjadi seorang pengarah.
“Saya tidak pernah berfikir untuk menjadi seorang pengarah filem, saya hanya mahu menceritakan kisah ini dan akhirnya secara tidak langsung saya menjadi pengarah,” kata Jolie.
Filem arahan dan ditulis oleh Jolie mengisahkan mengenai percintaan seorang lelaki warga Serbia dengan seorang wanita Bosnia beragama Islam meniti era perang Balkan dari tahun 1992 hingga 1995.
Filem itu turut menampilkan beberapa barisan pelakon antaranya, Zana Marjanovic, Goran Kostic dan Rade Serbedzija.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: