Bintang muda berbakat besar, Mohamad Amirullah Jahari atau Amir Jahari (19 tahun) telah terpilih mewakili Malaysia dalam kategori muzik di 4th Marketplace of Creative Arts anjuran World Islamic Economic Forum di Bandung, Indonesia pada 14 hingga 15 April 2012. Marketplace of Creative Arts menghimpunkan pelbagai bentuk seni yang merangkumi muzik, tarian, puisi, komedi, filem, seni visual dan macam-macam lagi. Ia juga merupakan platform untuk seniman muda diseluruh dunia untuk menonjolkan kreativiti dan bakat mereka. Menurut pihak pengurusan Amir – J Play, pemilihan Amir yang masih muda oleh pihak penganjur adalah satu penghormatan besar buat pelajar Aswara ini. Selain itu, Amir juga telah menandatangani perjanjian kerjasama bersama Kasi Gegar Entertainment milik penyanyi Aizat sebagai syarikat rakamannya baru-baru ini. Single pertama Amir berjudul Tanpamu yang semakin mendapat perhatian kini telah menjadi lagu tema drama bersiri BFF yang bersiaran di TV3. Klip video lagu tersebut akan dirakam oleh warga Twitterjaya (pengguna Twitter Malaysia) bulan depan. Amir kini muncul dengan single kedua berjudul Gelisah dan dijangka muncul dengan album sulung pada penghujung tahun ini.
Facebook: search Amir Jahari Twitter: www.twitter.com/AmirJahari Blog: http://amirjahari.blogspot.com/ Youtube : http://www.youtube.com/MrAmirullahnie Pengurusan Amir – J Play: http://www.myjplay.com/ |
Saturday, January 28, 2012
Amir Jahari wakil Malaysia di 4th Marketplace of Creative Arts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: