Saturday, January 21, 2012

Aishah kekal jadi duta Litchin

AISHAH gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta Litchin untuk tahun kedua berturut-turut.


AKHIR-AKHIR ini, penyanyi popular, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin dilihat semakin langsing ketika menjayakan pelbagai aktiviti pentas dan hiburan di seluruh negara.

Namun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana penyanyi yang pernah popular dengan lagu Janji Manismu itu merupakan duta Litchin, produk pelangsingan badan di bawah jenama De Bella sejak setahun lalu.

Baru-baru ini, Aishah telah menyambung kontraknya sebagai duta produk yang dipasarkan oleh Bella-Z Mutiara Marketing (M) Sdn. Bhd itu untuk tahun kedua berturut-turut.

Berkongsi rahsianya, Aishah berkata, beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram sejak menggunakan produk itu lebih setahun yang lalu.

Katanya, pengalaman yang dilaluinya itu turut dikongsi bersama peminat dan pengguna produk Litchin di seluruh negara.

“Masalah berat badan merupakan satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita termasuk diri saya.

“Selepas menggunakan Litchin, alhamdullilah selera makan saya mula berkurangan dan melalui teknik pemakanan yang seimbang saya berjaya mengurangkan berat badan ke tahap yang diinginkan.

“Saya bangga dan berazam untuk terus mengurangkan berat badan sehingga kepada berat ideal dirinya iaitu 60 kilogram pada masa hadapan.

“Dalam usia yang semakin meningkat, penjagaan aspek kesihatan terutamanya pengawalan berat badan amat penting untuk memastikan saya sentiasa cergas dan terhindar daripada sebarang penyakit,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Puziah Saad, kontrak Aishah disambung kerana penyanyi itu berjaya menunjukkan persefahaman yang baik dan komitmen tinggi dalam setiap promosi yang dianjurkan pihak syarikat.

Diet berformula

“Malah, nama Aishah begitu sinonim dengan Litchin, lebih-lebih lagi beliau juga merupakan pengguna setia produk ini sejak setahun yang lalu.

“Kejayaan beliau menurunkan berat badannya menjadi inspirasi kepada golongan wanita di luar sana dan pastinya, Litchin adalah jawapan bagi mereka yang ingin berbuat demikian,” ujarnya.

Tambah Puziah, Litchin adalah makanan diet berformula dari Jepun yang diperbuat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Setiap set yang mengandungi kedua-dua Litchin Enzim dan Litchin Fiber itu dijual pada harga RM290 di Semenanjung dan RM310 di Sabah dan Sarawak.

Katanya, syarikat itu turut memasarkan Hioxy sebagai pelengkap produk Litchin bagi memberikan hasil terbaik kepada pelanggan.

“Hioxy mampu memperbaiki tahap kesihatan dan fungsi tubuh pengguna, jadi mereka bukan sahaja mampu mengawal berat badan tetapi juga menjadi lebih sihat dan bertenaga berbanding sebelumnya,” jelasnya.

Kedua-dua produk itu boleh didapati di semua rangkaian stokis dan pusat perkhidmatan De Bella di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: