jangan lupa klik disini Loading page Loading page

Monday, October 31, 2011

Sandiwara Mak Datin

KESAL...Faizal mendedahkan penipuan isterinya kepada wartawan Harian Metro. Gambar kecil, didakwa ditipu, isteri kedua Faizal.
KESAL...Faizal mendedahkan penipuan isterinya.Gambar kecil, didakwa ditipu, isteri kedua Faizal.

KUALA LUMPUR: Dia memperkenalkan diri sebagai penerbit drama berstatus Datin dan pada hakikatnya, wanita itu bijak ‘bermain wayang’ apabila memperdaya banyak pihak termasuk suaminya.

Itu kelicikan wanita berusia 34 tahun yang setakat ini memperdayakan sekurang-kurangnya lima mangsa membabitkan kerugian mencecah RM250,000.

Selain lima mangsa berkenaan, suami wanita itu sendiri yang mahu dikenali sebagai Datuk Faizal membuat laporan polis mengenai penipuan isteri keduanya itu selepas mendapati dirinya diperalatkan.

Faizal berkata, dia menyedari penipuan isterinya itu selepas terbaca SMS dihantar beberapa mangsa ke telefon bimbit miliknya yang digunakan wanita terbabit sejak tiga tahun lalu.


“Ogos lalu saya membayar bil telefon itu yang sebelumnya tidak aktif selepas gagal melunaskan bil RM2,000. Sebaik telefon diaktifkan, saya terkejut apabila mendapati SMS diterima daripada nombor tidak dikenali yang meminta imbuhan hasil satu perniagaan berasaskan pelaburan.

Diana Danielle Selongkar Ilmu Dunia Seni

Diana Danielle

MENGENALI pelakon muda Diana Danielle Danny Beeson, dia seorang yang begitu komited dengan kerja seninya.

Memiliki disiplin kerja yang tinggi juga membuatkan gadis berusia 20 tahun ini dianggap berpotensi besar untuk pergi jauh dalam karier lakonan mahu pun bidang-bidang lain yang diceburi.

Dan jika dilihat perwatakan dan cara kerjanya, Diana tidak ubah seperti pelakon senior Sofea Jane yang cukup komited dalam mana-mana filem yang dilakonkan. Malah cara penyampaian mereka dalam sesebuah watak juga hampir sama.

Bakal menjadi pengganti Sofea satu hari nanti? Anggapan itu dirasakan sebagai satu kata-kata semangat buat anak muda kacukan Melayu-Inggeris ini.

“Terima kasih jika ada yang beranggapan begitu. Ia mendorong saya untuk terus maju ke depan. Lagipun saya meminati lakonannya (Sofea) sejak kecil lagi.

“Bayangkan, pada hari pertama latihan filem Hanyut diadakan pada tahun lalu, Sofea sudah pun menghafal keseluruhan skrip! Melihat komitmen kerjanya membuatkan saya juga mahu bekerja bersungguh-sungguh.

“Bekerja dengan Sofea memang tak boleh nak main-main. Apatah lagi dengan pengarah kami, U-Wei. Pelakon-pelakon tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke set penggambaran. Mereka sangat profesional dan mengajar saya mengenai etika kerja,” ujarnya teruja.

Justeru itu, kata Diana, dia juga memastikan untuk perbetulkan cara kerjanya seperti mengawal diri daripada bergurau senda dengan krew agar tidak lari fokus.

Jadi Pengacara

Bakal muncul dengan empat buah filem iaitu Azazil, Hanyut, Barajiwa dan Spilt Rice On Gravy pada tahun depan, pelakon ini juga mula menjinak-jinakkan diri di bidang pengacaraan pula.

Diana kini sibuk mengendalikan sebuah program hiburan sukan berjudul MyEG Extra Time bersama dengan Sazzy Falak dan Hannah Tan menerusi saluran sukan Astro, ESPN HD, setiap Jumaat, pukul 8 malam.

“Selepas penggambaran filem Azazil selesai dua bulan lalu, saya lebih selesa untuk berehat seketika sebelum memulakan projek baru. Tambah pula sekarang ini rumah saya sedang dalam proses pengubahsuaian, meluangkan masa di rumah amat diperlukan. Lagipun saya tak boleh nak berjauhan dengan keluarga terlalu lama.

“Bagaimanapun, tawaran mengacara MyEG Extra Time membuatkan saya berfikir panjang sebelum meletakkan keputusan. Malah saya tolak habis-habisan pada mulanya.

“Ini kerana saya agak segan apabila berada betul-betul di depan kamera. Sebenarnya untuk temu bual TV pun, saya akan rasa menggigil tau sebab tak boleh nak cakap sesuka hati di depan kamera.

“Tetapi saya perlu fikir tentang masa depan juga kerana kehidupan seorang pelakon bukannya stabil sentiasa. Lebih baik kita buat pelan sokongan dengan mengambil peluang ini (mengacara) sebagai percubaan pertama,” katanya.

Langkah satu-persatu bermula dari model iklan, pelakon, penyanyi dan kini pengacara, ia sudah boleh dikira pakej lengkap untuk bergelar anak seni sejati.

Namun bagi Diana, banyak lagi perkara yang perlu digali dan selongkar tentang ilmu dunia seni yang dikira masih baru buatnya. “Sebenarnya belum cukup bagus untuk digelar apapun. Apa yang dibuat sekarang baru permulaan. Bidang nyanyian pun saya belum memberikan sepenuh perhatian lagi.

“Ya, mungkin tahun depan, tapi rasanya saya belum layak lagi digelar seorang penyanyi. Nak diikutkan, boleh saja saya muncul untuk beberapa buah lagu. Tapi saya lebih senang kalau dapat membabitkan diri dengan proses pembikinan sepenuhnya.

“Apa lagi yang boleh saya ceburi ya dalam karier seni? Cukuplah setakat ini...Tapi ada juga hasrat nak mencuba di bidang penerbitan pula,” selorohnya.

Wan Sharmila Puas Hati Bermekap Tebal

Wan Sharmila

SISI antagonis Wan Sharmila, 30, semakin menyerlah menerusi lakonannya di kaca televisyen.

Antara drama yang menyerlahkan lakonan antagonis Sharmila adalah Kashaf Imani, Nora Elena dan Jangan Hantar Aku Ke Neraka.

Mengikut maklum balas penonton yang diterima, kebanyakannya menggemari lakonan antagonis Sharmila sehingga berjaya membuahkan perasaan benci terhadapnya.

Ini menunjukkan satu kejayaan yang mampu mengukirkan senyuman lebar buat Sharmila lebih-lebih lagi sekiranya para peminat mengingati watak yang dilakonkan.

“Kebetulan saya sesuai untuk membawakan watak jahat. Bukan saya tidak pernah membawakan watak baik, tetapi penonton akan mengatakan saya hipokrit atau ‘plastik’.

“Saya lebih berpuas hati dengan lakonan apabila karakter yang dilakonkan itu mendapat maklum balas yang bagus daripada penonton.

“Saya selalu cuba melakukan yang terbaik untuk melakonkan setiap watak yang diberikan. Sedangkan penonton tidak tahu yang saya juga pernah kena marah dengan pengarah,” katanya.

Bukan sahaja tidak pernah berputus asa untuk membaiki lakonannya, wanita berkulit hitam manis ini juga tidak pernah jemu mencantikkan diri agar sedap mata memandang.

“Saya tahu diri ini tidak cantik, jadi sebab itu saya kena lebih mencantikkan diri kerana saya selalu berhadapan dengan orang ramai.

“Apabila saya berdandan, saya gemar memakai warna-warna terang dan ceria seperti gincu merah dan baju merah jambu.

“Untuk keluar rumah atau menghadiri acara bertemu peminat, saya selesa mengenakan solekan sendiri tanpa bantuan jurumekap artis.

“Ini kerana saya pernah menjadi penari dan mengetahui selok-belok solekan. Jadi, saya perlu bersolek sendiri. Walaupun bersolek sendiri, tidak bermakna saya perlu menghabiskan banyak wang untuk membeli alat solek,” katanya kepada OopStarz!

Daripada sudut fesyen, Sharmila berani mengenakan fesyen yang seksi dan jarang dicuba oleh sesetengah wanita.

Walaupun pernah ditegur gara-gara berpakaian menjolok mata, Sharmila tidak pernah serik untuk memakai pakaian mengikut keselesaannya.

“Saya masih lagi memakai skirt pendek dan gaun pendek tetapi saya akan berhati-hati untuk memakai pakaian seperti itu mengikut kesesuaian tempat.

“Ini kerana saya mahu menjadi diri-sendiri dan tidak boleh menjadi orang lain. Selain itu, pakaian yang dipakai perlu bersesuaian dengan usia saya.

“Lagipun pereka fesyen sendiri mengatakan saya tidak berseri jika tidak seksi,” ujarnya.Beralih kepada teman hidup, Sharmila yang berstatus janda ini akui belum menemui pasangan yang sesuai.

“Sekarang ini, saya lebih selesa berkawan dan selalu berjumpa di kalangan kawan-kawan rapat. Ini kerana saya jarang berjumpa dengan orang,” ujarnya.

Fizo Omar Pakar di Dapur

Fizo Omar

TATKALA pelakon Fizo Omar lalu di depan bangunan Menara Star dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi Kawasaki warna hitam, ramai mata yang memandang pada figura muda ini.

Manakan tidak, lagak Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar yang bergaya lengkap dengan jaket dan sarung muka khas persis seorang pelumba motosikal profesional.

“Ini (motosikal) bukan saya punya. Ia ditaja oleh Kawasaki khas buat sesi fotografi ini. Saya punya warna merah jenis Naked Bike,” ujarnya memulakan bicara.

Bersungguh-sungguh pelakon ini menceritakan perihal motosikal kesayangannya itu sehingga membuatkan penulis juga berasa teruja.

Kata anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan ini, minatnya menunggang motosikal berkuasa tinggi sudah lama dan selepas setahun mengumpul duit hasil titik peluh daripada kerja lakonan, barulah dia dapat membeli motor yang diidamkannya itu.

“Membeli motosikal berkuasa tinggi adalah cara saya untuk menghargai diri sendiri. Sejak membeli motor tersebut, ‘dialah’ yang menjadi kekasih saya,” selorohnya.

Kata Fizo, masa lapangnya akan diisi dengan menunggang motosikalnya itu. Malah Fizo juga sanggup berjalan jauh semata-mata ingin mendapatkan kepuasan ketika menunggang.

“Saya sukakan kelajuan. Jika mahu menunggang laju, saya akan masuk trek. Kadang-kala saya akan ke Genting Highlands semata-mata untuk minum petang.

“Jika secara berkumpulan, kami akan merancang ke luar kawasan Kuala Lumpur untuk menikmati makan tengah hari atau makan malam dan pulang pada hari yang sama,” katanya.

Pakar bisnes dan di dapur

Selain obses pada motosikal berkuasa tinggi, Fizo akui dia juga cukup gemar dan pakar dalam hal masakan.

Malah pelakon yang kini popular menerusi drama bersiri Soffiyya ini bakal muncul dengan buku resipi eksklusif yang akan dipasarkan tidak lama lagi.

“Memang dari kecil lagi saya suka memasak sampaikan ibu sendiri perli saya kerana suka buat kerja perempuan.

Tapi pada masa sama saya juga seorang yang lasak.

“Memandangkan kepakaran saya lebih pada masakan Thai, buku tersebut lebih pada resepi makanan Thailand dan Melayu, tetapi diajar cara yang lebih ringkas.

“Saya turut memasukkan tip-tip tambahan dari segi penjagaan kesihatan dan petua memasak,” katanya.

Di samping itu, buku resipi tersebut turut memaparkan foto-foto eksklusif Fizo dan keluarga buat tatapan peminat.

Tidak mahu mensia-siakan kepakaran yang dimiliki, lelaki berusia 26 tahun ini memasang impian untuk mengusahakan sebuah restoran sendiri.

Dalam pada itu, Fizo sudah pun memiliki perniagaan sendiri di mana dia dan keluarganya menjual makanan tradisional dan serunding selain merancang untuk mengusahakan tanah arwah ayahnya bagi penternakan kambing dan itik.

Katanya, walaupun memperoleh hasil pendapatan yang lumayan dalam kerjaya lakonan, ia sukar untuk bertahan lama dan tidak semua pelakon memiliki tuah untuk bertahan di bidang tersebut hingga ke tua.

Justeru itu, pelaburan awal dalam perniagaan menggunakan pendapatan kerjaya seni amatlah penting agar kedudukan kewangan tidak terjejas pada masa depan.

“Saya dibesarkan dalam suasana keluarga bisnes, dan ia sudah sebati dalam jiwa saya. Arwah ayah pun meniaga macam-macam benda.

“Bagi seseorang artis pula, memulakan perniagaan pada masa kita tengah laku dengan tawaran kerja-kerja seni adalah masa yang sangat sesuai.

Ia seperti membuat pelaburan di mana kita akan meraih keuntungan pada masa depan.“Satu bonus buat para artis kerana mereka dikenali ramai dan ia sekaligus memudahkan perjalanan perniagaan kita dari sudut promosi,” katanya yang juga pernah menjadi pengedar tambah nilai telefon.

Sementara itu, pelakon ini juga bersyukur, hampir empat tahun bergelar pelakon, rezekinya semakin bertambah setiap tahun.Walaupun peningkatan karier sedikit lambat berbanding rakan seperjuangannya, Kamal Adli, Fizo selesa bergerak perlahan.

Malah target muncul di filem juga tercapai di mana filem-filem lakonannya iaitu Halimunnan, Minyak Dagu, 7 Petala Cinta dan Azazil bakal ditayangkan tahun depan.

“Alhamdulillah, buat masa ini, target saya tercapai seperti yang diinginkan. Filem-filem saya juga akan ditayangkan tak lama lagi. Cuma tinggal satu lagi impian yang belum dicapai, iaitu menjadi seorang penyampai radio,” katanya.

Siapa Dia Nazril Idrus

Nazril Idrus

AURA seorang perunding kewangan profesional yang dimiliki lelaki bernama Nazril Idrus ini cukup kuat meresapi atmosfera pertemuan kami.

Bayangkan, dalam temujanji singkat berdurasi kurang dua jam untuk sesi fotografi bersama OopStarz! baru-baru ini, lelaki yang mesra disapa Nash ini hampir saja bercerita segala-galanya mengenai dirinya.

Baik perihal peribadi dan keluarga, mahupun topik kerjaya, Nash cekap mengatur kata dan penuh dinamik dalam menjawab persoalan demi persoalan yang singgah.

Umum mengenali Nash sebagai seorang pengacara dan pelakon, juga suami kepada aktres Sazzy Falak.

Tidak kurang juga yang mengenalinya selaku usahawan dan perunding kewangan.

Namun mungkin tidak ramai tahu komitmen dan visi besar yang dipendam oleh bapa kepada bayi kembar ini untuk menjadi pelatih perniagaan pertama di dunia dari rantau Asia.

Saat ditanya tentang impian itu, tanpa berlengah Nash berkata selepas menceburi bidang perundingan dan latihan kewangan secara profesional kira-kira setahun lalu, dia semakin pasti dengan bidang kerja yang dilakukannya kini.

“Kalau diikutkan saya baru saja terbabit dalam bidang perundingan dan latihan kewangan ini secara profesional kira-kira setahun yang lalu.

“Namun, dalam tempoh singkat itu, saya cukup komited untuk memantapkan kemahiran dan pengetahuan diri kerana saya sangat pasti dengan visi dan sasaran untuk bergelar pelatih perniagaan pertama di dunia dari rantau Asia,” hurainya ringkas.

Sambung Nash, sejak dia mula menyedari potensi sebenar selepas mengikuti sebuah bengkel motivasi pada 2009, kecintaan terhadap aspek kewangan dan perniagaan kian meningkat dan membuka matanya untuk melakukan perkara lebih baik dalam kehidupan.

“Pengalaman dan ilmu yang saya perolehi daripada pelbagai kursus berkaitan komunikasi, motivasi dan perniagaan menjadi pembuka mata untuk lebih mengenali potensi diri.

“Kini saya semakin pasti bahawa kebolehan dan ilmu yang saya miliki dalam aspek komunikasi adalah untuk melonjakkan kehidupan orang lain ke tahap yang lebih tinggi,” kongsinya penuh berkeyakinan.

Melihat keterujaan Nash berbual, lantas kami anjakkan perbualan menyusuri titik mula transformasi dirinya dari bidang hiburan ke landskap kewangan.

Sempat menghela nafas panjang sebelum menjawab, Nash berkata: “Apa saja yang menyentuh soal wang dan perniagaan adalah sesuatu yang mendatangkan keterujaan buat saya.”

“Selepas beberapa tahun bekerja dalam bidang perakaunan, saya semakin berasa bosan. Saya mula mencari potensi diri dan mencuba banyak bidang termasuk bidang hiburan.

“Namun, lapangan perniagaan dan kewangan adalah sesuatu ditakdirkan untuk saya.”

Bergelar bapa

Nash akui dalam keghairahannya untuk mengejar sasaran tertentu dalam bidang kerjaya, ia tidak sedikit pun mengganggu gugat kepentingan institusi keluarga yang tebal menyelubungi nalurinya.

Riak ceria jelas terpancar pada wajah bapa kepada puteri kembar, Iman Lilly dan Tiara Rose, enam bulan, saat perbualan kami menjurus kepada topik keluarga. Bagai tidak mampu disembunyikan, Nash menegaskan biar sesibuk mana pun dirinya dengan pelbagai tuntutan, keluarga adalah keutamaan.

“Kehidupan saya sangat dirahmati. Walaupun saya dan isteri terpaksa menunggu sehingga empat tahun setengah untuk mendapatkan anak tetapi kini segala-galanya bagai sudah lengkap.

“Saya mempunyai keluarga yang bahagia, kerjaya yang baik dan kewangan yang stabil. Tiada apa lagi yang saya mahukan melainkan agar semua rahmat ini kekal berterusan,” katanya.

Dalam usaha untuk menjadi ketua keluarga juga bapa terbaik, dia melakukan banyak perubahan dalam hidup demi menumpukan lebih masa dan perhatian kepada insan-insan tersayang itu.

“Pengalaman menjadi bapa mengubah kehidupan saya secara menyeluruh. Ia secara tidak langsung menjadikan diri saya sangat komited pada keluarga dalam apa juga perkara yang dilakukan.

“Sejak menjadi bapa, tanggungjawab dan komitmen menjadi semakin besar. Saya akan pastikan pulang ke rumah lebih awal pada setiap hari untuk meluangkan masa bersama anak kembar saya.

“Saya perlu mencipta suasana kasih sayang dan keharmonian dalam keluarga. Saya bangga kerana mempunyai isteri yang hebat yang sentiasa menyokong di sisi,” katanya.

Kembali mengacara

Menariknya, kesibukan Nash mengemudi cabang keusahawanan dan latihan perniagaan sama sekali tidak melenyapkan minat dalam bidang pengacaraan yang mula-mula memperkenalkan dirinya di pentas hiburan, kira-kira lima tahun lalu.

Menyentuh soal kerjaya, selain bergelar Money Sifu dalam program bual bicara The Breakfast Show (ntv7), terbaru Nash kini mengacarakan program keusahawanan iaitu Make The Pitch, juga untuk saluran ntv7.

Nash berkata, walaupun dirinya sibuk dengan pelbagai siri ceramah dan bengkel kewangan di serata dunia, tema dan konsep program tersebut menarik perhatiannya untuk terlibat.

“Saya sentiasa teruja apabila bercakap tentang bidang kewangan dan perniagaan. Kebetulan pula, program terbaru ini bertepatan dengan pengetahuan dan kemahiran yang saya miliki, jadi mengapa tidak saya melibatkan diri.

“Walaupun saya hanya memainkan peranan yang kecil sebagai pengacara, tetapi saya terbabit secara langsung pada aspek belakang tabir termasuk idea, konsep dan skripnya,” katanya.

Program mingguan yang bermula sejak 12 Oktober lalu itu bersiaran pada setiap Rabu pukul 8.30 malam di ntv7 selama 12 minggu.

Qalisha Ray Tolak Lamaran VIP

Qalisha Ray

PETALING JAYA: Biarpun kerjaya masih lagu hijau dalam industri ini, pendatang baru, Noor Qalisha Ahmad atau Qalisha Ray, 20, mengaku pernah beberapa kali dilamar oleh orang kenamaan (VIP).

Menurut Qalisha, dia terpaksa menolak lamaran-lamaran tersebut dengan cara yang baik supaya tidak menyinggung perasaan mereka.

"Saya faham apabila masuk dalam industri ini sudah tentu kita bakal menjadi perhatian, tapi saya anggap itu sebagai salah satu ujian kecil.

"Sebelum menjadi artis lagi memang ada ganggaun seperti ini, mereka beri macam-macam hadiah dan kad ucapan setiap hari," katanya ketika ditemui selepas melakukan persembahan di PJ Half Marathon 2011, di Stadium Kelana Jaya, Ahad.

Katanya, dia tekad memasuki industri ini adalah dengan satu matlamat iaitu berjaya meletakkan diri dalam industri muzik tanah air.

"Kalau saya ingin masuk dalam industri ini kerana ingin mencari jodoh sudah lama saya kahwin, tapi saya ingin capai dulu cita-cita untuk berjaya dalam bidang nyanyian.

"Bagaimanapun apabila saya jelaskan perkara tersebut baik-baik pada mereka barulah mereka faham dan saya harap mereka terus meminati saya biarpun hanya sebagai peminat," katanya.

Qalisha popular dengan lagu Satu Januari

Penyanyi berasal dari Kelantan yang baru melancarkan mini album pertamanya berjudul Qalisha menganggap perjalanan seninya baru sahaja bermula. Malah dia sudah menyiapkan diri dari segala kontroversi atau gosip yang menjadi lumrah sebagai anak seni.

"Saya buat keputusan untuk berada dalam industri ini kerana saya sudah sedia dari segi mental dan fizikal.

"Oleh itu setiap kali keluar dari rumah saya sudah mengingatkan diri sendiri agar tidak terdedah dengan perkara-perkara yang mengundang padah," katanya yang popular dengan lagu Satu Januari.

Dalam pada itu, Qalisha yang menganggap pertemuan dengan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza semasa penggambaran iklan Simply Siti sebagai satu pengalaman berharga.

"Kenangan paling berharga ialah dapat berbual dengan penyanyi pujaan saya Datuk Siti Nurhaliza, banyak rahsia dan nasihat yang diberikan.

"Antara perkara paling utama yang dia pesan adalah banyak bersabar dengan apa juga rintangan dalam industri ini," katanya.

David Beckham, Victoria Tukar Profesion

David Beckham dan Victoria

LOS ANGELES: David Beckham dan Victoria dikatakan kini sudah tukar pekerjaan apabila kedua-dua ibu bapa ini sibuk menguruskan hal anak-anak mereka.

Seperti dipetik Dailymail, David dikatakan sibuk menjaga puterinya, Harper Seven Beckham. Manakala isterinya pula sibuk dengan kelas karate anak lelakinya, Brooklyn.

Tempat Victoria sebagai wanita paling istimewa dalam hidup David kini sudah berjaya digantikan oleh Harper.

Bukan sahaja melukis tato dengan nama Harper, malah David sanggup mengecat rumah kediaman mereka dengan warna merah jambu kerana kehadiran Harper.

Kehadiran anak keempat itu dikatakan kunci kebahagian keluarga ini yang semakin sibuk dengan kerenah anak-anak mereka yang semakin membesar.

Genggam api demi suami

KAJANG: Tindakan pantas seorang wanita menggenggam api mancis yang sudah dinyalakan, menyelamatkan suaminya daripada dibakar hidup-hidup empat penjenayah yang menceroboh rumah mereka di Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini.

Dalam kejadian jam 3.30 petang Jumaat lalu, suami berusia 37 tahun sebelum itu sudah disimbah petrol di seluruh tubuhnya dan hanya menunggu masa untuk dibakar.

Bagaimanapun, menurut sumber polis, sebaik seorang daripada empat penjenayah itu menyalakan mancis untuk membakar mangsa, isterinya berusia 30-an nekad bergelut dengan suspek dan berjaya memadamkan api mancis itu dengan menggenggamnya dengan tangan kanan.

“Tindakan berani wanita itu menyelamatkan suaminya daripada dibakar hidup-hidup,” kata sumber itu.


Menurutnya, sebelum itu pasangan suami isteri terbabit yang leka menonton televisyen di rumah mereka terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah.

Tak pandai menyanyi, menari

GANDINGAN MANTAP...bersama Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida yang turut membintangi Badai Semalam.
GANDINGAN MANTAP...bersama Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida yang turut membintangi Badai Semalam.

NAMA Aaron Aziz, 35, menjadi sebutan dan bakatnya rebutan ramai penerbit dan pengarah filem tempatan. Mereka sanggup melaburkan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan pelakon bertubuh sasa itu menjadi bintang dalam filem dihasilkan.

Pada mereka, sekiranya Aaron membintangi filem dihasilkan, ia pasti mendapat sambutan dan ramai akan menontonnya di pawagam. Dalam erti kata lain, bakat dan namanya cuba dieksploitasi.

  • Foto

    KACAK...selain berlakon Aaron juga turut aktif sebagai model dan jurucakap produk.

  • Foto

    AARON...pertama kali tampil di pentas teater dan bakal beraksi dalam Badai Semalam.

Bagaimanapun, perkara yang diharapkan tidak berlaku sebaik filem ditayangkan di pawagam. Percaturan mereka salah dan filem itu mendapat kritikan daripada penonton. Aaron juga melalui situasi ini dan sebagai pelakon, sudah tentu namanya turut tercalar.

Katanya, kadang-kadang apa yang dirancang pihak produksi tidak menjadi seperti apa yang digambarkan dan kerjaya sebagai pelakon juga mempunyai risikonya.


“Ada antara tawaran diterima nampak menarik di atas kertas. Malah apabila perbincangan dilakukan, pihak produksi bersungguh-sungguh dan menjanjikan filem dihasilkan pasti mampu menarik perhatian penonton.


“Sebagai pelakon, sudah tentu skrip diberikan itu menjadi penentu sama ada ia menarik atau tidak. Ada filem yang saya buat sebelum ini skripnya memang bagus.
Sewaktu perbincangan dilakukan juga sangat meyakinkan tetapi apabila melihat hasilnya, ia sangat mengecewakan.

“Sebagai pelakon, saya tidak boleh lakukan apa-apa sekiranya filem itu tidak bagus. Sebagai pelakon, kalau saya memberikan lakonan mantap macam mana sekali pun, tetapi hasil teknikal atau jalan ceritanya tidak menjadi seperti di dalam skrip, ia di luar bidang kuasa saya,” katanya.

Pelakon KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, 2 Alam, Syyhh...Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka dan Datin Ghairah ini tidak menafikan, dalam memberi kata putus terhadap tawaran itu, bayaran diterima turut menjadi faktor penentu.

Bagaimanapun katanya, ia bergantung kepada kerja yang harus dilakukan dan tidak sampai tahap sanggup untuk memusnahkan kerjaya sendiri semata-mata kerana mahu mengejar bayaran diberikan.

“Bayangkan kalau saya dibayar tinggi tetapi filem dihasilkan menerima kritikan hebat daripada penonton dan tiada siapa yang mahu menontonnya di pawagam.

“Sudahnya, apa akan jadi dengan kerjaya seni saya? Sudah tentu nama saya akan terus senyap dan lenyap. Sebagai pelakon, saya memikirkan perkara itu semua dan tidak mungkin saya mahu membiarkan ia terus berlaku,” katanya.

Pentas teater juga melihat kehebatan Aaron hingga dilamar untuk membintangi Badai Semalam yang diadaptasi daripada novel popular karya Khadijah Hashim. Ia akan mula dipentaskan di Istana Budaya dari 11 hingga 20 November ini.

Ternyata dalam memberi kata putus terhadap lakonan, Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, ada syarat dan pantang larangnya, hinggakan baru kini terbuka hati beraksi di pentas teater.

Bapa kepada dua cahayamata, Danish Anqi dan Dwi Ariana ini berkata, dia memberikan syarat bahawa pementasan itu bukanlah muzikal supaya tiada nyanyian dan tarian.

“Kalau ada dua perkara ini, saya akan tolak awal-awal kerana saya tidak mahu kelihatan bodoh di pentas nanti. Bukan tidak ada tawaran sebelum ini tetapi kebanyakannya berkonsepkan muzikal menyebabkan saya mengambil keputusan tidak menerimanya.

“Sebelum saya merosakkan hasil kerja orang, lebih baik saya tolak awal-awal tawaran diberikan. Kelemahan saya dua perkara ini iaitu menyanyi dan menari.
Memang orang kata sebagai pelakon perkara itu seharusnya diambil sebagai satu cabaran, tetapi saya kenal diri dan kemampuan saya. Memang saya tidak boleh menyanyi dan tidak pandai menari,” katanya.

Aktor yang cukup popular menerusi watak Malek dalam filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof ini berkata, sebelum ini Erma Fatima pernah melamarnya untuk membintangi Natrah tetapi kerana perlu menyanyi dan menari, dia terpaksa menolaknya.

“Saya juga menyaksikan Remy Ishak dalam drama teater muzikal itu. Dalam hati saya berkata, mujur saya tolak awal-awal. Jika tidak, pasti rosak keseluruhan produksi itu dengan gerak tari saya yang keras macam bangku dan suara pun entah ke laut.

“Pembabitan saya dalam teater ini bermula apabila pihak Istana Budaya merancang untuk mementaskan Salina. Bagaimanapun, kerana beberapa masalah, perkara itu terpaksa dibatalkan.

“Saya memang berminat untuk berlakon dalam Salina tetapi sayang ia terpaksa ditangguhkan. Kerana sudah bersetuju lebih awal, apabila datang tawaran untuk membintangi Badai Semalam, saya terima. Itupun dengan syarat tiada nyanyian dan tarian,” katanya.

Aaron juga menafikan pementasan Badai Semalam ditunda dari April kepada November bukan kerana produksi menunggunya, sebaliknya berlaku masalah membabitkan pertukaran naskhah novel yang mahu diangkat ke pentas teater.

Aktor kelahiran Pasir Ris, Singapura pada 23 Februari 1976 itu pendukung watak utama sebagai Karim iaitu kekasih Mazni lakonan Erra Fazira.

Kata Aaron, antara sebab lain dia menerima tawaran beraksi di pentas teater kerana mahu mencabar kebolehan yang ada pada dirinya dalam bidang lakonan.

“Pentas teater sangat berbeza dan ia sesuatu yang asing bagi saya. Kalau dalam drama, lakonan banyak bermain dengan mata tetapi di pentas, sudah tentu perkara itu tidak nampak jelas. Aksi seorang pelakon itu lebih penting dan itu yang mahu saya pelajari lebih mendalam.

“Teater turut menuntut komitmen tinggi dan berterusan daripada seorang pelakon.
Saya harus memberikan fokus yang bukannya sedikit. Pada saya selain daripada aksi di atas pentas, untuk menjiwai watak romantis dan bertutur dalam bahasa berbunga juga menjadi antara cabaran yang harus saya hadapi.

“Selepas meneliti skrip yang sudah diolah sebanyak tiga kali, saya menyifatkan watak Karim sangat mencabar. Dalam usaha menghidupkan watak itu, saya cuba mencari keselesaan sendiri dan memahami susunan plot dalam skrip. Saya juga akan meneliti novel yang ditulis Khadijah Hashim ini bagi menjiwai watak Karim,” katanya.



PROFIL:

Nama sebenar: Aaron Mustapha Aziz
Tarikh lahir: 23 Februari 1976
Tempat lahir: Pasir Ris, Singapura
Tinggi: 178 sentimeter
Berat: 78 kilogram
Kerjaya: Pelakon, model
Status: Berkahwin
Isteri: Diana Malik
Anak: Danish Anqi dan Dwi Ariana

Drama: Janji Diana, Sumayyah, Sadiq & Co, Cinta Gila, Cinta Lelong, rahsia Hati, Kasih Tercipta, Bulan Bertemu Matahari, Dilemma wanita, Cahaya Kasih, Malam 7 Likur, Hana Hani Strawberi, Oh Ibu, Emel Emilda, Cinta Q, Nora Elena dan Jiwa & Lara

Filem: KL Gangster, Evolusi KL Drift, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Pisau Cukur, 2 Alam, Syyhh...Dia Datang, Evolusi KL Drift 2, Suaka dan Datin Ghairah

Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2010

Dua gagal lolos sekatan

PECUT...suspek cuba melarikan diri daripada sekatan sebelum berjaya ditahan anggota polis.
PECUT...suspek cuba melarikan diri daripada sekatan sebelum berjaya ditahan anggota polis.
pix_topright

KUALA LUMPUR: Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitu nasib dua penunggang motosikal yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya Ops Bersepadu di Dataran Merdeka, awal pagi semalam.

Dalam operasi bermula jam 11.30 malam kelmarin hingga 3 pagi semalam itu, dua penunggang motosikal terbabit dicekup dalam tempoh tidak lebih 30 minit selepas mereka meloloskan diri daripada sekatan.


Operasi dilakukan Polis Trafik Kuala Lumpur dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan raya (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak. Kedua-dua penunggang motosikal yang berusia 20-an itu pada mulanya mendekati kawasan berkenaan sebelum melarikan diri dengan menunggang melawan arus.

Bagaimanapun, hasil kecekapan pihak berkuasa, kedua-dua penunggang motosikal itu dicekup semula dalam tempoh tidak kurang 30 minit di kawasan berdekatan.


Kedua-dua suspek ditahan atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya yang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saya bukan anak manja

Tamara Ecclestone bergaya di bilik persalinannya yang besar di mana dia menyimpan koleksi kasut  dan pakaian.
Tamara Ecclestone bergaya di bilik persalinannya yang besar di mana dia menyimpan koleksi kasut dan pakaian.

DENGAN 100 pasang kasut jenama Christian Louboutin, 15 pasang but Ugg, 20 pasang kasut sukan dan beberapa pasang kasut jenama Gina dan Jimmy Choo, sudah pasti orang akan ingat ia adalah sebuah kedai menjual kasut berjenama dengan harga mahal.

Tapi, sebenarnya ia merupakan sebahagian daripada koleksi kasut peribadi milik Tamara Ecclestone - yang disusun dalam bilik tidur kosong di rumahnya.

Walaupun dia mengaku yang dia seorang model dan pengacara televisyen, tapi tugas sebenar wanita berusia 27 tahun ini adalah membelanjakan wang, mungkin kerana ayahnya, Bernie presiden Formula Satu dan mempunyai harta bernilai 2.5 billion pounds (RM12.52 bilion).

Ketika membuka pintu bilik persalinannya, Tamara berkata, selain daripada koleksi kasut yang mungkin sebanyak koleksi Imelda Marcos - dia juga memiliki banyak beg berjenama, pakaian yang bernilai 1,000 pounds (RM5,000) yang tidak

digemarinya dan ‘kadang-kadang hanya memakainya sekali saja.’

Apa lagi yang perlu untuk seorang wanita yang memiliki segala-galanya termasuk anjing chihuahua bernama Duke? Berdasarkan koleksi kasutnya itu, membelikan dia tali cawak untuk dia mungkin satu hadiah yang baik untuk wanita itu - itupun kalau anda punya duit untuk membeli hadiah tersebut.

Dengan melihat koleksi kasut itu, saya menganggarkan semuanya berharga kira-kira 70,000. pounds ( RM350,000), dan itu hanya anggaran kasar saja.

Sekiranya kita lihat pada harga purata, sepasang kasut Christian Louboutin mungkin berharga 600 pounds (RM3,000) dan dia mempunyai 100 pasang dalam koleksinya. Itu saja sudah berjumlah 60,000 pounds ( RM300,000) yang dibelanjakan untuk kasut jenama itu. Sepasang but Ugg pula mungkin berharga 170 pounds (RM851) dan Tamara mempunyai 15 pasang but jenama itu. Maknanya tambahan 2,550 pounds (RM12,768).

Walaupun dia berkata yang dia tidak pernah bersenam, dia mempunyai 20 kasut sukan - dalam anggaran setiap pasang berharga 75 pounds (RM375) dan semuanya kini berjumlah 1,500 pounds (RM 7,508).

Itu hanya koleksi kasutnya yang diceritakan ketika ditemubual oleh majalah Closer. Sebelum ini Tamara pernah berkata dia mempunyai kira-kira 50 pasang kasut tumit tinggi, yang kita tahu sudah pasti bukan dibeli di Primark.

Daripada tempat simpan baju dan kasut itu, terlihat beberapa pasang kasut tumit tinggi berlabel Gina yang digemari oleh selebriti lain seperti Nigella Lawson dan Anna Friel yang biasanya berharga 475 pounds (RM 2,377) sepasang.

Kasut platform bertali jenama Charlotte Olympia yang dilihat di salah satu para mungkin berharga kira-kira 500 pounds (RM2,501) sepasang.

Dua pasang kasut Yves Saint Laurent yang dilihat di dalam gambar mungkin berharga lebih 1,000 pounds (RM5,003) Saya juga ternampak sepasang kasut stiletto Jimmy Choo yang berharga 395 pounds (RM 1,975) dan beberapa pasang edisi terhad Jimmy Choo dan but Ugg yang mungkin berharga 600 pounds (RM3,001).
Ini pun hanya beberapa pasang kasut daripada koleksinya yang saya kenal.

Tapi sebelum anda berpendapat yang wanita ini mempunyai akal yang pendek, Tamara mendedahkan yang minatnya bukan pada kasut saja.

“Saya ada 20 buah beg Hermes Birkin,” katanya. “Tapi secara jujur, sebenarnya saya tak tahu berapa beg itu yang saya ada.” Setiap satu beg ini biasanya berharga kira-kira 5,000 pounds (RM25,015) maka kalau dia mempunyai 20 buah beg, koleksinya bernilai kira-kira 100,000 pounds (RM500,411). Saya juga terlihat kira-kira lima beg jenama Alexander McQueen yang mempunyai tanda harga permulaan pada 845 pounds (RM4,229).

Semua barang-barang ini disusun dalam bilik persalinan Tamara yang menurutnya ‘malu untuk mengaku’ ia adalah bilik kosong di rumahnya di Chalsea. Malu-malu pun, dia benarkan beberapa majalah menyiarkan gambar bilik persalinannya itu.

Selain daripada kasut dan beg tangan, sudah tentu terdapat koleksi baju.
Koleksinya dikatakan bernilai sekurang-kurangnya ... dan beberapa pakaian Tamara itu masih mempunyai tag harga, menandakan yang pakaian itu masih belum dipakai.

Dan apabila tiada ruang lagi untuk menyimpan barang-barangnya itu, ibunya bekas model Armani, Slavica yang bernilai 734 juta pounds (RM3,673 juta) selepas perceraiannya de�ngan Bernie pada 2009 akan menghantar barang-barang berjenama ini ke kedai amal atau saudara mara mereka di Crotia.

“Mak saya memang takut dengan wang yang saya belanjakan untuk beli pakaian,” kata Tamara. “Dia mahu semua pakaian yang tidak digunakan di hantar ke mereka yang memerlukan.”

“Katanya lagi, “Orang mungkin ingat saya anak orang kaya yang manja tapi saya cuma ingin menunjukkan yang saya bukan saja sekadar anak kepada seorang yang terkenal.”

Oh Tamara, nampaknya anda perlu berusaha lebih daripada itu.

Celcom tawar 31 motor

MENANG MOTOR...Afizulazha (kanan) bersama  seorang pemenang Modenas CT100.
MENANG MOTOR...Afizulazha (kanan) bersama seorang pemenang Modenas CT100.

CELCOM Axiata Berhad menawarkan peluang memenangi motosikal Modenas CT100 kepada pelanggan prabayar dan pasca bayar yang berkongsi masa berbual dengan lebih kerap.

Ketua Operasi Data Lanjutannya, Afizulazha Abdullah berkata, tawaran berkenaan dibuka bermula 15 Oktober hingga 14 November ini dan pihaknya menawarkan 31 motosikal bagi pelanggan yang membuat perkongsian dua kali sehari.


“Sebelum ini, perkhidmatan ini di kalangan pengguna prabayar, namun atas permintaan yang tinggi, kami memperkenalkannya untuk pelanggan pasca bayar juga,” katanya.

Pelanggan hanya perlu membuat perkongsian masa berbual sekurang-kurangnya dua kali sehari dan seorang pemenang akan dipilih setiap hari.


“Perkongsian itu juga perlu dilakukan dengan pengguna prabayar saja,” katanya.


Untuk memulakan perkongsian, taip RM dan hantar ke 1. Pemenang akan dipilih secara rawak daripada senarai pelanggan yang berjaya menjawab dua soalan mudah.

Gadis Palestin protes Zionis melalui lagu

PEJUANG SENI...Mai (kiri) bersama Amane merakam lagu di sebuah studio di Nazareth, semalam.
PEJUANG SENI...Mai (kiri) bersama Amane merakam lagu di sebuah studio di Nazareth, semalam.

NAZARETH (Israel): Dua remaja Arab yang menetap di Israel menggunakan lagu rap untuk menyampaikan pelbagai mesej, termasuk politik.

Dikenali sebagai Damar, Mai Zarqawi, 15, dan Amane Tattur, 16, berazam mendedahkan pengalaman masyarakat minoriti Arab yang mengalami diskriminasi berterusan di Israel.


Damar adalah bahasa Arab bermaksud “kemusnahan.” Kumpulan itu ditubuhkan selepas Mai dan Amane bertemu dan berkongsi minat memperjuangkan hak warga Palestin di sekolah di Nazareth pada 2009.

Kata Mai, mereka bukan bersikap anti-Yahudi, sebaliknya menentang idealogi Zionisme yang merampas tanah dan budaya Palestin.


Kedua-dua remaja terbabit enggan menganggap diri mereka sebagai warga Israel berbangsa Arab, sebaliknya penduduk Palestin yang menetap di Nazareth - bandar didiami kira-kira 72,000 orang.


Melalui lirik yang berterus terang, Mai dan Amane menyampaikan mesej melalui seni, seperti dalam lagu Generasi Ketiga: “Adakah anda fikir generasi ketiga menjadi Israel? Masa tidak akan membuat mereka lupa, sebaliknya akan menambah sejarah. Kami tak mahu kesenyapan anda, kami tak mahu penjara dan sempadan.” Ketika ini ada kira-kira 1.6 juta masyarakat Arab di Israel yang membentuk 20 peratus daripada keseluruhan populasi negara Yahudi itu.

Walaupun mendapat kewarganegaraan, mereka tetap dianggap penduduk kelas kedua, termasuk daripada aspek penjagaan kesihatan, pendudukan dan pembangunan ekonomi.

Ragut satu nyawa setiap enam saat

CERGAS...senaman ringan seperti berjalan sederhana bermanfaat untuk kekalkan kesihatan.
CERGAS...senaman ringan seperti berjalan sederhana bermanfaat untuk kekalkan kesihatan.

PESANAN khas untuk wanita: Tekun dan tegas dalam menjaga kesihatan kerana semakin meningkat usia, semakin tinggilah peluang penyakit jantung dan strok mendekati kita. Bagi wanita yang memiliki faktor risiko untuk penyakit jantung, mereka juga berisiko tinggi mendapat strok.

Ketika bertemu dengan Pakar Neurologi Hospital Assunta, Datuk Dr Raihanah Abdul Khalid, beliau berkongsi fakta menggerunkan iaitu strok bukan saja menjadi punca kematian keempat utama di hospital kerajaan, malah lebih ramai wanita diserang penyakit ini berbanding lelaki. Bahkan kematian akibat strok adalah dua kali lebih tinggi berbanding kanser payudara.

  • Foto

    ELAK...jauhi bentuk badan begini.

  • Foto

    FISIOTERAPI...penting untuk pulihkan kemampuan fizikal pesakit.

Nisbah mudahnya, satu daripada lima wanita selepas menopaus diserang strok berbanding satu dalam enam bagi lelaki. Sehari selepas bertemu Dr Raihanah, sahabat di kampung memberitahu ibunya kini berada di hospital kerana strok dan beberapa bulan lalu penulis kehilangan ibu saudara akibat penyakit yang sama.

Kenapa strok atau serangan otak lebih tinggi pada wanita sedangkan faktor risikonya sama saja dengan lelaki? Dr Raihanah berkata ia ada kaitan dengan kehilangan perlindungan hormon estrogen (yang sangat rendah parasnya selepas putus haid) menyebabkan risiko wanita mendapat sakit jantung dan strok meningkat mendadak setanding lelaki.


Kajian dijalankan penyelidik dari Universiti Toronto, Kanada pada 2004 mencadangkan beberapa kemungkinan antaranya faktor jangka hayat kerana wanita hidup lebih lama berbanding lelaki. Ini kerana risiko strok melonjak dengan peningkatan umur.


Masalah migrain yang kerap dihadapi wanita dikatakan meningkatkan risiko dua kali ganda untuk mendapat strok. Selain itu mengalami tekanan darah tinggi ketika hamil didapati meningkatkan risiko strok sebanyak 60 peratus dan bagi sesetengah wanita, pengambilan pil pencegah kehamilan juga boleh meningkatkan peluang mendapat penyakit ini khususnya bagi wanita yang merokok dan kerap alami migrain.

Malah, terapi penggantian hormon juga boleh meningkatkan risiko strok bagi sesetengah wanita. Namun, janganlah ada yang tidak mahu mengambil pil perancang atau mendapatkan terapi penggantian hormon atas alasan ini, berbincanglah dengan doktor supaya anda boleh mengambil keputusan bijak dan bermanfaat kepada diri sendiri.

Pun begitu, menurut Dr Moira Karpal yang mengetuai kajian berkenaan, ada satu aspek yang memerlukan kajian lanjut mengapa lebih ramai wanita meninggal dunia akibat strok iaitu kebanyakan wanita berumur tinggal sendirian dan tidak mendapat sokongan sosial. Bahkan wanita juga lebih cenderung menyembunyikan penyakit dan tidak mendapatkan bantuan sewajarnya apabila diserang penyakit ini sedangkan strok perlu dirawat secepat mungkin untuk mengurangkan kesan kerosakan akibat berlaku ‘kecederaan’ dalam otak.

“Semua orang tahu apa itu penyakit strok. Ia penyakit yang semakin biasa di negara membangun seperti Malaysia, malah insidennya lebih tinggi berbanding negara maju. Antara sebabnya ialah negara maju mempunyai kemudahan rawatan dan penjagaan pesakit yang lebih baik dan berjaya mengawal risiko penyakit.

“Strok adalah penyakit golongan tua berumur 60 tahun ke atas. Pada pesakit muda, biasanya pesakit memang ada penyakit berkaitan darah, pembentukan otak tidak normal kongenital (dilahirkan dengan keadaan begitu) atau penyalahgunaan dadah khususnya dadah pesta,” katanya sempena Hari Strok Sedunia yang disambut pada 29 Oktober setiap tahun.

Organisasi Strok Sedunia (WSO) menganggarkan penyakit ini meragut satu nyawa dalam setiap enam saat. Sememangnya serangan strok sangat menakutkan kerana jika tidak membawa maut, ia akan menyebabkan pesakit menjadi orang kurang upaya - sama ada lumpuh separuh badan atau sepenuhnya. Bukan itu saja, pesakit juga akan hilang pelbagai kemahiran termasuk bertutur, kemahiran bahasa dan kebolehan menggerakkan anggota - bergantung kepada bahagian otak yang mengalami serangan.

Strok boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu iskemia (apabila aliran darah tersekat akibat kehadiran darah beku - yang mewakili 87 peratus kes strok), berdarah (berlaku apabila salur darah yang lemah pecah) dan serangan iskemia transien (TIA) yang juga dipanggil strok kecil. Untuk TIA, walaupun namanya ‘kecil’ tetapi jangan diabaikan kerana ia disebabkan kehadiran darah beku sementara. Segeralah dapatkan nasihat doktor supaya serangan strok yang besar dapat dicegah.


Faktor risiko

Faktor risiko strok sama seperti serangan jantung. Bezanya hanyalah lokasi.
Jika serangan jantung berlaku di mana-mana bahagian jantung, strok pula berlaku di otak sama ada disebabkan salur darah pecah atau tersumbat sehingga mengakibatkan terputusnya bekalan oksigen.

“Mereka yang berisiko tinggi mendapat serangan jantung, juga berisiko tinggi untuk diserang strok. Oleh kerana faktor risikonya sama, maka tiada alasan untuk berkata tidak tahu kerana kerana kedua-dua penyakit ini mempunyai kaitan rapat dengan gaya hidup. Justeru, faktor risiko seperti obesiti, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi, merokok dan kurang bersenam perlu diberikan perhatian.

“Kebanyakan faktor risiko untuk strok (dan penyakit jantung) boleh dikawal kecuali peningkatan umur. Justeru, jika anda menjaga kesihatan jantung, anda juga secara tidak langsung menjauhkan diri daripada serangan strok,” katanya.

Malah, individu yang ada sejarah keluarga mengalami penyakit jantung juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kebarangkalian mendapat strok adalah tinggi apatah lagi jika dia sendiri mempunyai masalah tekanan darah tinggi.

“Jika anda merokok, berhentilah sekarang kerana rokok meningkatkan risiko strok sebanyak dua kali ganda. Begitu juga dengan tekanan darah tinggi. Jadi berusahalah mengurangkan semua faktor risiko kerana serangan strok berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda. Malah, satu pertiga kes serangan strok berlaku ketika tidur,” katanya.


Tanda amaran

Tiadakah tanda amaran yang boleh diperhatikan? Ada tetapi biasanya ia jarang dipedulikan. Ini kerana tanda amaran strok datang sekejap-sekejap dalam masa beberapa minit atau jam. Ia datang, hilang dan datang kembali menyebabkan ramai pesakit menganggap ia sebagai masalah biasa. Penting untuk diketahui, ia tidak menyebabkan rasa sakit.


Antara tanda amaran itu ialah:

  • Rasa kebas secara tiba-tiba terutama pada sebelah badan
  • Badan terasa lemah
  • Ada masalah penglihatan (pandangan berganda) pada sebelah atau kedua-dua mata

  • Pening kepala, sakit kepala secara tiba-tiba
  • Hilang keseimbangan atau keupayaan untuk berjalan dengan tiba-tiba
  • Rasa keliru, susah bercakap atau memahami percakapan orang lain
  • Susah hendak menelan
  • Rasa pening dan sekeliling nampak berpusing


    Jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segera minta ahli keluarga atau rakan sekerja membawa anda ke hospital kerana serangan strok boleh berlaku pada bila-bila masa.

    Ada ujian mudah yang boleh dilakukan iaitu senyum, lambai dan cakap atau F.A.S.T.

  • F - Face (muka). Suruh senyum. Adakah sebelah mukanya kelihatan ‘jatuh’?

  • A - Arm (lengan). Minta dia mengangkat kedua-dua belah lengannya. Adakah sebelah lengan melorot ke bawah?

  • S - Speech (cakap). Suruh bercakap dan perhatikan sama ada pertuturannya menjadi tidak jelas.

  • T - Telefon. Segera hubungi ambulans. Jika tiada, segeralah bawa individu ini ke hospital.


    Apa yang perlu dilakukan apabila ahli keluarga diserang strok?

    Bagi individu yang diserang strok, setiap saat sangat berharga kerana kerosakan otak berlaku berterusan sehinggalah dia diberikan rawatan. Apabila otak tidak mendapat oksigen dalam masa beberapa minit, sel-sel otak akan mula mati. Sebaik tisu otak mati, anggota badan yang dikawal oleh bahagian otak berkenaan tidak boleh berfungsi dengan baik dan inilah yang menyebabkan pesakit hilang keupayaan.

    “Segera bawa pesakit ke hospital. Baringkan pesakit supaya lebih banyak bekalan darah (dan oksigen) sampai ke kepalanya. Jika dalam kereta, baringkan pesakit di tempat duduk belakang dengan membengkokkan kakinya.

    “Jangan berlengah dengan menelefon saudara-mara untuk bantuan kerana bagi pesakit strok, masa amat kritikal. Lebih cepat pesakit dihantar ke hospital dan diberikan rawatan sepatutnya, peluang untuk sembuh lebih tinggi kerana kini kita ada terapi akut untuk pesakit.

    “Rawatan seharusnya diberikan dalam tempoh tiga hingga empat jam selepas pesakit mengalami serangan strok. Rawatan ini adalah untuk mencairkan darah beku supaya halangan dalam salur darah dapat diatasi.

    “Ingat, dalam perjalanan ke hospital jangan beri apa-apa kepada pesakit termasuklah air, makanan atau aspirin kepada pesakit kerana kita tidak tahu keadaan kesihatan pesakit. Jika pesakit mengambil ubat untuk sakit jantung, pemberian aspirin akan memburukkan keadaan. Sekiranya pesakit muntah, baringkan pesakit dalam keadaan mengiring untuk mengelakkan muntah daripada termasuk ke dalam saluran pernafasannya.

    “Bawa sekali ubat yang diambil pesakit dan rekod kesihatannya. Ini akan membantu memudahkan doktor memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit,” sambungnya lagi.

    Dr Raihanah juga mengingatkan supaya tidak percaya dengan e-mel yang mendakwa boleh mencegah strok dengan mencucuk jari menggunakan jarum kerana ia tidak berasas.


    Bolehkah serangan strok dicegah?

    Ya. Seperti penyakit jantung, strok juga boleh dicegah. Inilah sasaran Kementerian Kesihatan yang sejajar dengan kempen Organisasi Strok Sedunia yang bertema ‘Satu Dalam Enam’ untuk meningkatkan kesedaran mengenai strok. Tema ini dipilih berdasarkan hakikat bahawa satu daripada enam orang akan diserang strok. Ini bermakna semua orang berisiko mendapat strok dan peluang penyakit ini menyerang sangat tinggi jika tiada langkah pencegahan diambil.

    Kempen ini bukan saja untuk mencegah strok, tetapi memberitahu bahawa pesakit strok boleh pulih dan kembali menjalani kehidupan sebaik mungkin jika diberikan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Kempen dua tahun ini juga bertujuan mengurangkan beban strok dengan bertindak ke atas enam halangan mudah iaitu:

    1. Ketahui faktor risiko anda sendiri: sama ada tekanan darah tinggi, kencing manis atau masalah kolesterol tinggi.

    2. Menjadi individu yang lebih aktif dan kerap bersenam

    3. Elakkan masalah obesiti dengan mengamalkan pemakanan sihat

    4. Hadkan pengambilan minuman beralkohol

    5. Elakkan asap rokok. Jika anda merokok, dapatkan bantuan untuk berhenti sekarang.

    6. Belajar mengenali tanda amaran strok dan tindakan yang boleh dilakukan.


    Saranan Dr Raihanah: Jaga pemakanan (kurangkan makanan berlemak) dan pengambilan garam (had maksimum ialah enam gram sehari atau satu sudu teh), hadkan pengambilan daging merah (hanya satu hidangan sebesar kotak mancis sehari), lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan (sekurang-kurangnya enam hidangan sehari).

    Paling penting, bersenam 30 minit sehari atau dua setengah jam seminggu kerana senaman boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 64 peratus. Senaman sederhana cergas (selepas 30 minit anda masih boleh bercakap tetapi tidak mampu menyanyi). Senaman ringan seperti berjalan pada kelajuan sederhana juga sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan dan mengawal penyakit yang dihidapi.


    Kehidupan selepas serangan strok

    “Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menjalani fisioterapi. Kapasiti latihan berbeza antara pesakit mengikut kemampuan masing-masing. Fisioterapi ini bertujuan memberi latihan kepada anggota badan yang hilang fungsi. Dalam tempoh ini, sokongan keluarga sangat penting.

    “Fahami keadaan pesakit dan kenali tanda-tanda amaran untuk mengelakkan berlakunya serangan kedua. Dalam tahun pertama, pesakit ada risiko 12 peratus untuk mengalami serangan strok lagi. Satu pertiga pesakit akan dapat serangan kedua dalam tempoh lima tahun dan jika ini berlaku kerosakan otaknya bertambah teruk,” katanya.

    Apa yang ahli keluarga boleh lakukan? Banyak. Pastikan pesakit mengambil ubat seperti diarahkan, bawa pesakit ke hospital atau pusat terapi untuk fisioterapi, sebaiknya pelajari senaman yang diajar supaya anda boleh bersama-sama melakukannya di rumah sebagai pencetus semangat kepada pesakit dan beri sokongan moral.

    Kajian mendapati 40 peratus pesakit strok mengalami kemurungan. Apabila kehilangan banyak keupayaan, memang mudah untuk pesakit berasa putus asa, sedih, kecewa hingga membawa kepada kemurungan. Ingat, tekanan juga boleh menyebabkan seseorang mengalami serangan strok.

    Jika pesakit suka, bawa dia menyertai aktiviti sosial. Ia sedikit sebanyak boleh menghilangkan kekecewaannya. Bagaimanapun, kaedah ini tertakluk kepada personaliti pesakit kerana ada yang tidak mahu keadaan mereka diketahui ramai.

    “Strok adalah penyakit yang memberi beban besar kepada pesakit dan ahli keluarga. Kira-kira 10 hingga 15 peratus pesakit boleh sembuh sepenuhnya, tetapi hampir 60 peratus pesakit terlantar.

    “Memang ramai pesakit strok yang lewat diberikan rawatan. Ramai yang ‘terbiar’ selepas dibenarkan keluar dari hospital dan terus menjadi orang kurang upaya.
    Namun, jangan biarkan keadaan ini berterusan kerana rawatan seperti fisioterapi masih boleh diberikan walaupun selepas setahun diserang strok. Jangan biarkan pesakit terus menjadi orang tidak upaya,” katanya.
  • Hasil kajian ambil masa lama

    GIGIH...semangat penyelidik tempatan yang sentiasa berusaha keras perlu dihargai dan jangan diperlekehkan kerana akan merencatkan usaha yang rancak dilaksanakan pelbagai pihak.
    GIGIH...semangat penyelidik tempatan yang sentiasa berusaha keras perlu dihargai dan jangan diperlekehkan kerana akan merencatkan usaha yang rancak dilaksanakan pelbagai pihak.

    SESUAI dengan kepentingan penyelidikan yang kini menjadi pemacu baru sektor pendidikan negara, pelbagai usaha kian rancak dilaksanakan bagi menjadikannya antara bidang berkapasiti tinggi pada masa depan.

    Bukan saja melahirkan produk mampu dikomersialkan atau memperkasakan lagi keupayaan penyelidik tempatan, ia juga bertujuan menyuntik kesedaran masyarakat bahawa bidang itu mampu memberi nilai kredit mengukir nama di peringkat global.

    • Foto

      GENERASI BARU...penyelidikan bukan hanya bertujuan menghasilkan produk, malah mampu melahirkan generasi baru yang boleh meneruskan kesinambungan pada masa depan.

    • Foto

      KOMITMEN...untuk berjaya, penyelidik perlu peka pada kehendak industri dan tidak boleh menghasilkan produk hanya untuk melunaskan kepentingan peribadi semata-mata.

    Malangnya, di tengah-tengah kerancakan warga cendekiawan dan penyelidik terutama di institusi pengajian tinggi awam mempergiatkan usaha meneroka bidang penyelidikan profesional dan antarabangsa, wujud pula suara sumbang masyarakat yang menganggapnya satu pembaziran.

    Alasannya, produk dan nilai penyelidikan tempatan sukar menembusi pasaran luar menjadikannya seolah-olah hanya seperti melepaskan batok di tangga selain sikap masyarakat yang sering mengagungkan produk antarabangsa.


    Anggapan ini menjadikan usaha institusi berkenaan tidak nampak meskipun impaknya cukup besar dalam menjana pembangunan jangka panjang negara.


    Persoalannya, tidak bolehkah masyarakat kita membuka minda dan berubah dengan memberikan sokongan kepada pihak terbabit melaksanakan perjuangannya? Bagaimana pula institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerima cabaran ini?

    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Mara, Profesor Dr Zaini Abdullah berkata, sebagai sebuah institusi yang mendukung aspirasi perkembangan dan penjanaan ilmu, mereka tetap tidak tergugat dengan segala cabaran.

    Menurutnya, penyelidikan bukan saja bertujuan menghasilkan produk baru, malah memperkukuhkan nilai budaya ilmu dan kemanusiaan bagi manfaat semua, sekali gus melahirkan masyarakat berwawasan serta berdaya saing.

    “Penyelidikan antara kepentingan utama dalam memastikan kesinambungan masyarakat terhadap pembudayaan ilmu berterusan.

    “Anggapan bahawa ia hanya penyelidikan semata-mata tidak benar.

    “Sentimen masyarakat yang menganggapnya sebagai satu pembaziran wajar diubah kerana bidang ini bukanlah menghasilkan keputusan segera, sebaliknya memerlukan jangka panjang serta pelbagai penambahbaikan untuk berjaya.

    “Justeru, janganlah terlalu mengagung-agungkan penyelidikan luar, sebaliknya berikan sokongan terhadap usaha dilakukan IPT tempatan yang juga mempunyai keupayaan setara,” katanya.

    Isu pembaziran penyelidikan dan sikap masyarakat yang hanya memilih dan memberi pengiktirafan kepada hasil penyelidikan institusi luar sudah lama tertanam dalam minda.

    Biarpun sudah banyak usaha dilakukan bagi mengubah persepsi itu, hasilnya masih belum mampu mengubah tanggapan berkenaan dan masyarakat terus ‘mendaulatkan’ kejayaan cendekiawan asing.

    Bagaimanapun, sukar meletakkan kesalahan sepenuhnya di bahu masyarakat kerana berhak membuat pilihan bagi memastikan yang terbaik, sekali gus meneruskan polemik sedia ada.

    Mentaliti masyarakat tempatan juga masih dibelenggu skeptikal lama menjadikan mereka ‘menolak’ pembaharuan yang ingin diperkenalkan.

    “Budaya masyarakat kita hanya mahukan hasil yang cepat selain suka memperlekehkan usaha anak tempatan. Bagi mereka, jika hasil itu dari institusi luar, memang bagus, berkualiti dan layak.

    “Padahal ia belum tentu mampu memberi jaminan seperti diharapkan. Keupayaan penyelidik tempatan tidak ada kurangnya dan jika mahu hasil setimpal, berikanlah sokongan hingga menjadikannya berjaya seperti produk antarabangsa,” katanya mengakui masyarakat adalah kelompok paling utama dalam memastikan hasil penyelidikan mampu bertahan.

    “Bayangkan kalau masyarakat menolak sepenuhnya bidang ini, ke manakah hala tuju golongan penyelidik? Sudah tentu lesu dan berakhir dengan pembaziran tidak dimanfaatkan,” katanya.

    Malah sokongan industri terutama pelabur juga bergantung kepada kejayaan penyelidik menghasilkan sesuatu yang boleh mendatangkan keuntungan.

    “Sebagai pelabur, sudah tentu mereka inginkan produk yang boleh memberikan keuntungan.

    “Masalahnya, kebanyakan penyelidik tidak melakukan penyelidikan untuk mendapatkan sokongan pelabur namun lebih kepada kehendak peribadi dan ‘syok sendiri’.

    “Ini menyebabkan pelabur kurang memberi sokongan sementara penyelidik pula ‘terkapai - kapai’ mencari dana.

    “Penyelidik perlu bijak, kreatif serta berpandangan jauh sebelum, ketika dan selepas menjalankan kajian.

    “Barulah hasil penyelidikan tempatan mampu membuka mata pelabur, sekali gus mewujudkan hubungan dua hala yang lebih produktif, sekali gus merancakkan lagi penyelidikan negara,” katanya.

    Pelbagai kekangan sedia ada antara faktor bidang itu masih tidak mendapat kepercayaan masyarakat dan pada masa sama mengukuhkan mentaliti penyelidikan di negara ini masih belum lagi mencapai standard diingini.

    “Semua sedia maklum, penyelidikan bukan murah dan mengambil masa lama hingga menyebabkan masyarakat rasa jemu untuk menunggu, berbanding hasil luar yang sentiasa diuar-uarkan serta mendapat sokongan industri.

    “Disebabkan kekangan inilah, masyarakat mudah beralih arah, mereka tidak boleh menunggu terlalu lama selain persaingan sedia ada sengit dan pilihan perlu segera dilakukan.

    “Inilah dilema penyelidik tempatan kerana tidak boleh menyaingi penyelidik luar biar pun kita sebenarnya mampu melakukan lebih daripada itu asalkan mendapat bantuan terutama daripada pihak industri,” katanya.

    Beliau mengakui situasi itu adalah cabaran terbesar IPT hingga menjadikan usaha memperkasakan bidang penyelidikan di kalangan masyarakat terbatas.

    Menurutnya, penyelidikan perlu dijadikan platform kecemerlangan ilmu di kalangan masyarakat sebagai satu kesinambungan usaha melahirkan cendekiawan negara.

    “Asas pendidikan bukan tertumpu pada akademik semata - mata, sebaliknya mencakupi pelbagai aspek. Justeru, pengukuhan penting bagi memastikan kelangsungan terhadapnya tidak terhenti.

    “Biarpun ada pihak menganggap penyelidikan tidak penting atau lebih menyanjung kajian luar, usah mudah melatah, sebaliknya menggandakan usaha untuk mempersembahkan hasil terbaik.

    “Saya percaya, usaha ini pasti membuahkan hasil suatu hari nanti, sekali gus mendidik masyarakat bukan saja pandai menghargai hasil kepayahan penyelidik kita, malah meletakkan nama negara dan IPT setara yang lain.

    “Semuanya tidak mustahil asalkan ada kemahuan tinggi dan kerjasama padu.

    “Jika tidak memulakan langkah pertama, pasti tidak tahu apakah hasilnya, justeru lakukanlah,” katanya.



    INFO:

  • Berdasarkan laporan kaji selidik beberapa agensi, bilangan penyelidik, saintis dan jurutera kita (termasuk daripada kalangan industri) adalah sekitar 30 orang bagi setiap 10,000 tenaga kerja berbanding Jepun (131.5 orang), Kesatuan Eropah (99.6 orang), Korea Selatan (89.5 orang) dan Singapura (111.3 orang).

  • Indeks Keupayaan Inovasi dalam laporan dikeluarkan United Nations Conference on Trade and Development (Unctad) pada 2008 meletakkan Malaysia pada kedudukan ke-60 dan tergolong dalam kategori sederhana berbanding negara Asia lain seperti Jepun (ke-11), Korea Selatan (20), Singapura (30) dan Thailand (54). Laporan daya saing global 2009 oleh Harvard dan Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia di tangga ke-23 di dunia.

  • Potensi pengkomersialan hasil penyelidikan adalah besar memandangkan negara ini hanya mengkomersialkan 3.5 peratus hasil penyelidikan berbanding purata 10 peratus di peringkat antarabangsa.
  • Serik, takut

    pix_gal0
    Sedia kembali ke lokasi

    SEPATUTNYA nama Siti Elizad Mohd Sharifudin atau Ejad sudah sebaris dengan pelakon handalan atau bintang popular ketika ini kerana penampilannya dalam beberapa filem yang menyakinkan.
    Bermula daripada filem Berlari Ke Langit diikuti dengan Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu.
    Malangnya, nama Ejad kini bagaikan tenggelam timbul, malahan kadang-kadang seperti sudah tidak disedari kehadirannya dalam dunia lakonan. Tambahan pula ketika ini semakin ramai bakat baru yang datang silih berganti membuatkan ruang untuk Ejad mencari peluang dalam dunia semakin sempit.

    Bagi pelakon berusia 27 tahun ini, masalah keluarga dan kesihatan dirinya membuatkan dia terpaksa memperlahankan kerjaya seninya.

    Misalnya, baru-baru ini dia mengalami sakit perut keterlaluan hingga memaksa menjalani pemeriksaan disusuli pembedahan membuang ketumbuhan cyst yang dikesan serentak apendiks seminggu kemudian membuatkannya serik.

    Walau peristiwa memasuki bilik pembedahan sudah sebulan berlalu, manakala lukanya juga beransur pulih, baginya pengalaman itu begitu menakutkan.
    “Selama ini saya hanya menyangka perut saya berdepan masalah buncit. Saya mengawal pemakanan, berbengkung apabila keluar dan waktu malam pula melakukan regim menyapu losyen pembakar lemak.

    “Cuma saya perasan sejak awal tahun masalah pada bahagian itu semakin kronik. Selepas melalui pemeriksaan, doktor mengesan kewujudan cyst yang menekan buah pinggang sekali gus mencetuskan rasa perit.

    “Saya terlalu takut. Selepas dikeluarkan, doktor memaklumkan selama ini rupa-rupanya saya membawa cyst seberat empat kilogram,” katanya yang kini tampak lebih langsing.

    Mengakui bersyukur kerana kejadian itu secara tidak langsung mengingatkannya supaya sentiasa maklum perubahan diri, sebagai wanita tegasnya penjagaan kecantikan secara luaran saja tidak mencukupi sekiranya soal dalaman tidak diambil peduli.

    “Sekarang saya tidak lagi memikirkan mahu sentiasa cantik dan langsing kerana ia akan pudar ditelan waktu namun kesihatan dalaman yang sentiasa dijaga mampu membuatkan kita cergas sepanjang masa,” katanya.

    Berbicara soal kerjaya, Ejad memaklumkan banyak produksi yang beranggapan dia masih mengambil cuti sakit sedangkan hakikatnya si pemilik mata bundar itu sudah sedia beraksi di hadapan kamera.

    “Kesihatan semakin pulih. Luka pembedahan cepat sembuh dan kini saya tidak sabar kembali bekerja,” ceritanya lagi.

    Ada teman akrab baru

    Sebelum mengambil cuti sakit, Ejad sempat menyelesaikan penggambaran telefilem Jamilah I Love You pada Julai lalu. Kini, selebriti yang mula bertapak di arena seni sejak enam tahun lalu itu semakin bersemangat untuk kembali bekerja, yang dikatakan didorong beberapa faktor terutama bosan dan sunyi.

    Tanpa berselindung, aktres yang aktif di bidang peragaan itu turut mengakui barangkali kesunyian tanpa teman istimewa membuatkannya mahu melupakan lara dengan menyibukkan diri di set penggambaran daripada bersendirian di rumah.

    Pemergian ibu tersayang, Nazariah Mohd Salleh, 62 pada April lalu juga menyebabkannya terasa kehilangan apatah lagi sebagai satu-satunya anak perempuan daripada lima bersaudara, Ejad sentiasa mendapat perhatian si ibu serta seisi keluarga.

    “Saya kini kembali tinggal dengan ayah kerana lebih dekat dengan pusara ibu. Adik-beradik saya yang lain pula sudah berkeluarga tetapi syukur mereka tetap mengambil berat dan berharap saya bertemu jodoh dengan cepat,” tambahnya tatkala menyentuh soal cinta.

    Enggan mengenang kasih lalu yang tidak kesampaian, anak jati Kuala Lumpur itu menyerahkan soal jodoh di tangan Yang Maha Kuasa namun jika dimakbulkan biarlah lelaki yang bakal menghuni hatinya mampu menjadi teman suka duka sepanjang hayat dan menghormati orang tua.

    Ketika ini ruang lingkup kehidupan solonya semakin terisi sejak kehadiran si kucing parsi bernama Snowball atau nama manjanya Tobel yang disifatkan sebagai teman akrabnya.

    “Tobel milik adik ipar saya, tetapi selepas melahirkan anak sulungnya yang juga anak buah kesayangan saya kira-kira enam bulan lalu, dia menyerahkan kucing itu kepada saya. Sejak itu kami tidak pernah berenggang,” katanya.

    PROFIL

    Nama penuh: Siti Elizad Mohd Sharifudin
    Tarikh Lahir: 25 Mei 1984
    Asal: Kuala Lumpur
    Status: Bujang
    Keluarga: Anak keempat daripada lima adik-beradik
    Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Model
    Filem: Berlari Ke Langit, Gangster, Main-Main Cinta, Rock, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Cinta Yang Satu

    Jamal mahu gempur

    • Foto

      Jamal Abdillah

    • Foto

      Dari kiri; Khairi, Mohd Sabri dan Ali Razak pada majlis sidang media Satu Malam Bersama Jamal Abdillah di Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur.

    Jemput peminat saksikan persembahan di Atmosphere 360

    RAJA pop, Jamal Abdillah, 53, sedia ‘menggempur’ peniaga yang menjual album cetak rompak Raja Pop 2 bersama-sama wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHP) dalam tempoh terdekat.
    Wakilnya, Ali Razak Mestor, berkata isu penjualan cakera padat (CD) haram album baru penyanyi terbabit dikesan hanya selepas dua minggu ia berada di pasaran awal bulan ini mengundang rasa terkilan apatah lagi kos pembikinan album terbabit menggunakan tabungan sendiri.
    “Peminat menghubungi Jamal dan susulan daripada maklumat berkenaan, dia sendiri meninjau beberapa lokasi yang dikatakan menjadi sarang edaran terutama di sekitar Lembah Klang.

    “Sudah pasti Jamal kecewa. Album yang belum dilancarkan itu dicetak rompak pada harga yang tidak munasabah malah pihak bertanggungjawab itu juga cukup licik apabila menampilkan gambar muka album sama seperti yang asli,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika mewakili penyanyi berkenaan dalam majlis sidang media persembahan Satu Malam Bersama Jamal Abdillah di Atmosphere 360 di Menara Kuala Lumpur.

    Hadir sama Pengarah Urusan merangkap Pegawai Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Datuk Mohd Sabri Mohd Nadzir dan Pengarah Eksekutif Asian Kitchen (M) Sdn Bhd, Datuk Khairi Aseh.
    Terdahulu Raja Pop 2 adalah kesinambungan album kompilasi Raja Pop yang dihasilkan pada 2003 dengan meraih jualan 150,000 unit dan Raja Pop 2 menampilkan rangkaian lagu era 50-an dan 60-an seperti S Effendy, Yopie Latul dan tidak terkecuali Rahim Maarof.

    Antara dendangan yang dimuatkan adalah Jangan Kau Rayu, Bahagia Sementara, Lagu Rindu, Rayuan Maut, Perasaan, Tangisan Di Waktu Malam, Rundung Derita, Secupak Dua Cupak dan Manis.

    Album yang menyaksikan Jamal selaku penerbit eksekutif itu juga menampilkan kolaborasi sulungnya bersama penyanyi hip hop terkenal, Malique berjudul Aku Maafkan Kamu yang berentak dance.

    Sementara itu bagi persembahan yang bakal berlangsung pada 11 November ini, secara tidak langsung ia antara simbolik permulaan operasi restoran berputar di puncak menara yang kini di bawah kendalian Asian Kitchen dengan dekorasi serta nama baru, Atmosphere 360.

    Bakal tampil bersama enam dendangan termasuk daripada kompilasi terbaru, Ali terlebih dulu menitipkan salam kemaafan berikutan ketiadaan penyanyi terbabit pada majlis itu dek faktor kesihatan.

    Bagi Mohd Sabri, pemilihan penyanyi lagu Kekasih Awal dan Akhir itu sebagai pembuka tirai persembahan di Atmosphere 360 cukup tepat apabila beliau sentiasa dekat di hati peminat sekali pun sudah lebih tiga dekad bergelar penghibur.

    Status Jamal yang berada pada kelas tersendiri juga antara faktor yang mendorong pengurusan Asian Kitchen memilihnya menyerikan malam penuh nostalgia sekali gus membawa pengunjung meneroka keistimewaan restoran berkenaan sambil menghayati dendangan.

    “Hanya dalam tempoh enam minggu kerja pengubahsuaian keseluruhan dekorasi ruang dilaksanakan dan sudah pasti kita mahu pengunjung menikmati segala yang terbaik termasuk sajian serta panorama menarik dan pemilihan Jamal memang kena pada masanya,” katanya.

    Mengikut perancangan, acara dijangka bermula dengan majlis makan malam seawal jam 7.30 malam disusuli kemunculan penghibur berkenaan kira-kira sejam kemudian.

    Sebanyak dua meja VIP yang memuatkan 10 orang untuk pada kadar RM15,000 manakala tempat duduk lain hanya dikenakan RM1,000 namun masih berpeluang mengikuti persembahan artis pujaan mereka secara ekslusif.

    “Mungkin ada yang tertanya-tanya soal harga namun jika diperhalusi ia lebih kepada dekat dengan penghibur terbabit kerana anggaran pengunjung kira-kira 150 orang saja. Sudah pasti hanya yang istimewa berpeluang makam malam bersama Jamal Abdillah pada ketinggian 282 meter,” ulasnya lagi. Keterangan lanjut atau tempahan tempat boleh diajukan ke 03-20202121.

    Fragmen: Kalaulah penerbit TV mogok...

    ROZITA Che Wan pernah dilaporkan mengenakan bayaran sehingga RM3,000 untuk setiap episod drama yang dibintanginya. Mungkin cerita itu sekadar desas-desus bagi menghangatkan lagi kisah sensasi pelakon ini yang kadang-kadang lebih sarat dengan gosip daripada realiti sebenarnya sebagai pelakon.

    Kita tidak mengenali Rozita dengan lebih dekat, malahan jarang menonton drama lakonannya. Pernah juga terpandang beberapa lakonannya yang bagi kita tidaklah sangat istimewa. Mungkin kerana dia cantik dan popular hingga menenggelamkan tumpuan penonton untuk menilai bakat sebenar Rozita dalam lakonan.
    Oleh kerana cantik dan popular itulah membuatkan dia mendapatkan ‘permintaan’ tinggi daripada stesen TV supaya kalau boleh dalam drama, nama Rozita tidak boleh tercicir daripada senarai pelakonnya.
    Dan, mungkin kerana terlalu banyak tawaran diterima, Rozita juga tidak sampai hati untuk bercakap ‘tidak’, lalu dia meletakkan harga tinggi dengan harapan setiap produksi boleh berfikir dua tiga kali sebelum mengemukakan tawaran lakonan kepadanya.

    Namun, ini adalah permintaan daripada sebuah stesen TV. Tak kisahlah bayaran setinggi mana pun ditetapkan oleh pelakon kalau stesen TV itu sanggup membayarnya.

    Apa yang menjadi masalah kalau kos itu ditanggung oleh syarikat produksi. Kita tahu bahawa bayaran pelakon sahaja sudah merangkumi hampir 50 peratus kos penerbitan. Itu tidak termasuk kos untuk kru produksi dan pasca produksi seperti suntingan.

    Biarpun setiap tahun kos penerbitan ini sentiasa meningkat, tetapi bayaran untuk drama masih tidak berubah. Malah beberapa produksi mengeluh kepada kita bahawa bayaran program TV daripada setiap stesen TV tidak meningkat. Padahal mereka minta macam-macam.
    Bagi kita, kalau tidak salah Rozita meminta bayaran tinggi kerana hakikatnya memang sara hidup kita semakin meningkat.

    Berbual dengan Bront Palarae ketika dalam penerbangan panjang dari Los Angeles ke Kuala Lumpur, baru-baru ini, menyatakan apa salahnya pelakon meminta bayaran tinggi.

    “Kita lihat dari segi logik. Harga bayaran asas pun sudah beberapa kali naik. Kami sebagai pelakon hendak juga menikmati satu peningkatan gred atau taraf lakonan dalam kelas tersendiri.

    “Seperti juga seorang pekerja. Mula dia bekerja seperti kakitangan biasa. Selepas lima atau 10 tahun, dia berhak menikmati peningkatan gaji. Takkan selama-lamanya hendak menikmati tangga gaji yang sama.

    “Kakitangan kerajaan pun sudah beberapa kali naik gaji. Apa yang Rozita Che Wan cakap itu betul. Dari sudut pelakon, kami tak salah minta bayaran lebih. Itu hak kami. Cuma kami kasihan kepada syarikat produksi kerana mereka yang akan menanggung peningkatan kos produksi sedangkan stesen TV tidak menaikkan kadar bayaran sejak 20 tahun lalu,” katanya.

    Mengulas kepada soal bayaran program TV ini, Presiden Penerbit Program TV Malaysia (PTVM), Jurey Latiff Rosley mengaku persatuan sudah beberapa kali membincangkannya dengan semua stesen TV mengharapkan agar kadar bayaran dapat disemak semula.

    “Sudah banyak kali kita mengemukakan perkara ini kepada stesen TV tetapi mereka (stesen TV) tidak ambil peduli. Ada desakan daripada ahli-ahli persatuan supaya kami melancarkan mogok seperti yang dibuat di Amerika atau Australia kerana majikan (stesen TV) tidak mempedulikan soal tuntutan harga program yang dibekalkan.

    “Menghentikan semua penerbitan untuk tempoh tertentu atau mungkinkah kami membuat demonstrasi di Dataran Merdeka supaya permintaan kami mendapat perhatian daripada kerajaan dan stesen TV?

    “Seboleh-bolehnya, kami cuba mengelak daripada melancarkan mogok dan membuat demonstrasi. Itu bukan pilihan kami, tetapi kadang-kadang apa lagi pilihan yang kami boleh buat?

    “Sampai bila kami hendak bertahan kerana kos penerbitan semakin meningkat, permintaan daripada stesen TV juga semakin meningkat kerana mereka mahu mencapai rating tinggi, tetapi mereka juga (stesen TV) tidak mahu memberikan bayaran tinggi setimpal dengan usaha dan kos yang kami belanjakan untuk mereka juga,” kata Jurey.

    Kita berharap isu atau kemelut ini ada penyelesaiannya. Kerajaan juga harus melihat perkara ini dengan serius. Tidakkah menerbitkan drama atau program TV adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan perkembangan industri kandungan kreatif yang dikatakan bernilai RM6 bilion hingga RM7 bilion?

    Apalah ertinya dalam jumlah nilai yang besar itu, penerbit atau pengusaha kandungan kreatif kita hanya dapat makan tulang sahaja.

    Baru-baru ini, kita mengikuti delegasi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ke Pasaran Industri Kreatif sempena Festival Filem Antarabangsa Tokyo 2011 atau TIFFCOM2011. Ia turut disertai oleh beberapa syarikat penerbit animasi tempatan.

    Mereka ikut rombongan FINAS kerana mahu mencari peluang untuk bekerjasama dalam penerbitan atau membina rangkaian serta membentuk rakan kongsi dengan syarikat penerbitan di Korea, China atau Jepun.

    Kita memahami apa yang mereka suarakan. Bersama stesen TV luar negara, hasil usaha mereka bukan sahaja dihargai, tetapi pegangan hak terhadap harta intelek (IP) atau hak cipta tetap terpelihara. Berbeza kalau buat untuk program TV.
    Selepas penat memerah segala idea, letih yang tidak habis ketika di lokasi, akhirnya semua hasil penerbitan itu bukan menjadi hak sendiri tetapi hak TV.

    Apa nak buat. Umpama timun dan pisau. Menggelek atau digelek yang luka tetap timun. Kalau dalam anugerah yang membabitkan karya mereka, dan ditakdirkan drama yang diterbitkan itu menang, ia umpama cerita pak pandir. Menang sorak tapi kampung tergadai.

    Tanah Kubur beri keinsafan

    • Foto

      BARISAN pelakon pada Sidang Akhbar Tanah Kubur di Rumah Malaysia Taman Rekreasi Bukit Jalil.

    • Foto

      Tanah Kubur tidak bertujuan menakutkan tetapi memberi pengajaran kepada penonton.

    Oasis sambung drama bersiri yang beri banyak kesedaran kepada penonton

    SUDAH tentu ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apakah balasan diatas kejahatan seperti membunuh diri, rogol anak sendiri, penggunaan botox, mendedahkan aurat, menundukkan suami dengan sihir, tidak membayar zakat, menggunakan pelaris untuk perniagaan dan banyak lagi.
    Inilah realitinya apabila mana-mana individu lebih gemar mengetahui apakah balasan daripada kejahatan yang dilakukan dan akan dibalas di dunia ketika kematian berbanding balasan kebaikannya.
    Bagi umat Islam pasti ada yang pernah mendengar pelbagai kejadian pelik berlaku ketika pengurusan jenazah dilakukan. Setiap manusia tidak akan terlepas menerima balasan masing-masing diatas perbuatannya di dunia, sama ada di balas dengan kebaikan atau kesengsaraan.

    Sekalipun paparan yang disiarkan menerusi televisyen di dalam bentuk drama berjudul Tanah Kubur mendatangkan ketidakselesaan kepada sesetengah penonton, namun ia diterbitkan sebagai iktibar.

    Atas maklum balas yang sangat positif, drama Tanah Kubur yang pernah disiarkan di Astro Oasis akan menemui penonton untuk musim kedua bermula 4 November ini setiap Jumaat jam 7.30 malam.

    Penerbit dan Pengarahnya, Rashid Sibir berkata, penerbitan drama itu bukan untuk menakutkan penonton dengan paparan sebenar kejadian yang berlaku atau mengajar penonton, tetapi sebagai pengetahuan dan iktibar berguna khusus untuk umat Islam.
    “Menurut pihak Astro, mereka menerima banyak maklum balas positif untuk 13 episod musim pertama lalu dan mengesahkan antara drama yang mendapat rating tertinggi di Oasis sehingga meminta untuk disambungkan bagi musim kedua.

    “Kita tidak berniat untuk menakutkan penonton mahupun mengajar penonton, kita tidak boleh memaksa penonton untuk berubah tetapi terpulang kepada penonton mengambil ia sebagai pengajaran atau sekadar hiburan saja,” katanya yang ditemui pada pelancaran drama Tanah Kubur musim kedua baru-baru ini.

    Begitupun, Rashid tetap menekankan sensitiviti umat Islam diatas setiap paparan episod yang disediakan dibimbangi menyentuh mana-mana halangan di dalam ajaran Islam.

    “Selepas musim pertama lalu disiarkan, kami tidak mendapat teguran daripada mana-mana Jabatan Agama Islam kerana apa yang kami cuba sampaikan berdasarkan kisah yang pernah berlaku ketika zaman Nabi serta daripada rujukan buka agama.

    “Perbincangan bersama Astro dilakukan berulang kali untuk menambahkan lagi impak kepada jalan cerita kali ini,” katanya.

    Jika musim pertama lalu, watak utama yang dilakonkan Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi sentiasa berkongsi cerita bersama isterinya lakonan Fauziah Nawi, namun kali ini watak isterinya dimatikan begitu saja.

    “Bagaimanapun musim kedua ini saya tidak menampilkan watak lakonan Fauziah Nawi bagi memberi lebih impak kepada watak suaminya. Saya terpaksa mematikan watak Fauziah bukan kerana masalah komitmennya tetapi selepas berbincang dengan pihak Astro, mereka mahukan musim kedua lebih memberi impak bukan saja kepada penonton malah jalan ceritanya membabitkan Tok Adi,” katanya.

    Hadir sama Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi yang mewakili Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar.

    Menurut Azlin, sebagai saluran kerohanian dan ilmiah, saluran Oasis sentiasa menerbitkan drama berbeza untuk memberi kelainan dan kesannya kepada penonton.

    “Menerusi drama Tanah Kubur, kami mendapat maklum balas yang baik dan menjadi drama yang mencatat rating tertinggi sepanjang saluran ini beroperasi. Atas permintaan penonton dan perbincangan bersama kami bersetuju menyambung drama ini untuk bekalan ilmu kepada semua pihak,” katanya.

    Drama Tanah Kubur yang disiarkan selama 13 episod menceritakan pengalaman seorang penggali kubur, Tok Adi, lakonan Nasir Bilal Khan yang melalui pelbagai peristiwa aneh ketika menguruskan jenazah.

    Selain Nasir, drama itu dilakonkan Talha Harith, Jasmin Hamid, Amyza Aznan dan Zulkefli Zain. Pada majlis pelancaran drama itu juga, Astro turut mengadakan majlis tahlil kepada arwah Zami Ismail yang pernah terbabit di dalam drama itu untuk musim pertama.

    Bida jadi pengedar Asia Tenggara

    pix_gal0
    Naza mohon lesen dengan KIA, Peugeot perluas operasi tahun depan

    KUMPULAN syarikat Naza, pengedar rasmi kereta jenama KIA dan Peugeot di Malaysia sedang berbincang dengan KIA Motors, syarikat automotif Korea Selatan dan Peugeot, pengeluar kereta Perancis, untuk mengedar kedua-dua jenama itu di beberapa negara Asia Tenggara khususnya di Thailand dan Vietnam, pada tahun depan.
    Sumber industri berkata, Naza sudah membuat menghantar bidaan bagi mendapatkan lesen pengedaran di negara serantau daripada kedua-dua pengeluar berkenaan.
    Katanya, jika Naza berjaya memperoleh lesen pengedaran itu kelak, ia bakal menjadi operasi pertamanya di luar negara, iaitu akan dilaksanakan menerusi francais dengan pengeluar kenderaan terbabit.

    “Walaupun francais itu nanti akan menggunakan nama syarikat pengeluar dan kenderaan terbabit, tetapi secara teknikalnya ia adalah usaha sama Naza dengan pengeluar kenderaan itu yang juga rakan niaga kumpulan ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Pengerusi Kumpulan Naza, SM Nasaruddin SM Nasimuddin enggan mengulas secara terperinci ketika ditanya mengenai perkara itu, baru-baru ini.

    Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan peluang mengembangkan francais auto ke luar negara termasuk meneroka pasaran negara serantau.
    Katanya, ketika ini semua kerjasama dengan rakan niaganya hanya untuk pengedaran di pasaran tempatan, namun begitu peluang ditawarkan rakan niaganya untuk mendapatkan lesen pengedaran di negara serantau, bakal memberikan manfaat besar kepada operasi kumpulan itu.

    “Kami menetapkan hasrat mengembangkan teras perniagaan ini ke luar negara dan tumpuan kami kini adalah pasaran Asia Tenggara dan jika tiada masalah kami berharap dapat melaksanakannya seawal tahun depan.

    “Kami sedang bekerjasama dengan pengeluar terbabit, namun saya tak dapat nyatakan model jenama mana serta pasaran yang bakal kami masuk tahun depan kerana proses bidaan sedang berlangsung dan kami sudah memeterai perjanjian untuk tidak mengumumkannya.

    “Kerjasama dengan rakan niaga ini untuk mengembangkan operasi di luar negara dan kini kami dapat peluang melaksanakannya, terpulang sama ada kami bersedia atau tidak, dan ia tidak akan menjejaskan fokus kami pada Malaysia sebagai pasaran utama syarikat,” katanya.

    Bisnes Dunia: Krisis hutang belum selesai

    Jean-Claude Trichet
    Jean-Claude Trichet
    Pelaksanaan secara pantas, sepenuhnya amat penting: Trichet

    PRESIDEN Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet, berkata krisis hutang kedaulatan zon euro belum lagi selesai.
    Dalam temu bual diterbitkan akhabar Jerman, Bild am Sonntag, Trichet berkata, beliau bagaimanapun yakin kerajaan di zon euro berupaya memulihkan kembali kestabilan kewangan dengan syarat peraturan Pakatan Kestabilan kumpulan itu stabil dan dilaksanakan secara lebih agresif.
    Agensi berita Reuters melaporkan, Trichet sebagai berkata, perjanjian dicapai pemimpin Kesatuan Eropah minggu lalu perlu dilaksanakan secara tepat dan pantas.
    Beliau menyifatkan ia sebagai keputusan yang amat penting.

    Bank Pusat Eropah, katanya, akan memantau perkembangan langkah pembaharuan kerajaan berkenaan dan tiba masanya untuk melihat ia digerakkan segera.

    “Krisis belum lagi berakhir,” kata Trichet kepada akhbar Jerman itu.
    “Tetapi keputusan dibuat minggu ini, saya bagaimanapun yakin kerajaan yang terbabit akan berjaya memulihkan kembali kestabilan kewangan,” katanya.

    Beliau berkata, prasyarat bagi mencapai matlamat itu ialah mestilah dilaksanakan secara menyeluruh dan lebih agresif.

    Trichet berkata: “Keputusan dicapai pada persidangan berkenaan memerlukan pelaksanaan yang tepat dan pantas. Pemimpin zon euro sudah ada programnya, sekarang ini mereka perlu bekerja keras.

    “Pelaksanaan secara pantas dan sepenuhnya adalah amat penting,” katanya.

    Trichet berkata, Bank Pusat Eropah akan memantau dan menjejak perkembangan berkenaan secara terperinci.
    “Sekarang kita perlu menyaksikan sedikit tindakan diambil,” katanya.

    Berhubung program kontroversi berhubung pembelian semula bon kedaulatan bertujuan membantu krisis hutang zon euro, Trichet berkata, bank pusat berkenaan telah bertindak secara bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana tekanan politik.

    Pasaran kewangan melihat Bank Pusat Eropah sebagai hanya satu-satunya institusi yang berupaya memulihkan kembali keadaan.

    Sementara itu, BERNAMA melaporkan seorang penganalisis di Singapura berkata, walaupun Eropah mengumumkan rancangan untuk menurunkan nilai hutang Greece, memodalkan semula bank dan meningkatkan jumlah dana menyelamat, masih terdapat masalah berikutan kekurangan maklumat dan beberapa kelemahan lain.

    "Kitaran penjimatan fiskal, pertumbuhan yang lemah, belanjawan berlebihan, penurunan penarafan dan penjimatan fiskal dijangka kekal. Eropah amat memerlukan dasar monetari yang lebih mudah.

    "Bagaimanapun, setakat mana rancangan EU yang terbaru itu dapat membantu mengelakkan ledakan kewangan global dalam jangka masa terdekat, ia menambahkan keyakinan bahawa pertumbuhan global akan kekal positif (walaupun kecil)," kata Ketua Strategi Pelaburan AMP Capital Pelabur Ltd, Dr Shane Oliver.

    Oliver bagaimanapun berasakan pertumbuhan global dapat menawarkan sedikit sokongan kepada pasaran saham yang mengunjurkan potensi kemelesetan global.

    Katanya, pada Oktober menyaksikan pemulihan yang kukuh dalam pasaran saham didorong oleh gabungan data yang lebih baik dari Amerika Syarikat dan tanda bahawa Eropah menuju ke arah tindak balas "menyeluruh" ke atas krisis hutang negara.

    Selepas beberapa penangguhan, beliau berkata, Eropah akhirnya mengumumkan pelbagai langkah, malangnya banyak maklumat belum dikenal pasti yang bermakna masih banyak kerja sebelum mencapai kemajuan dalam penyelesaian.

    Ia katanya, adalah usaha ketiga Eropah untuk mengawal masalah hutang.

    Oliver berkata, langkah terkini yang diambil melangkaui tindakan sebelumnya dan dijangka dapat membantu menangani krisis jangka masa terdekat.

    Beliau berkata, Eropah telah menerima kenyataan bahawa Greece tidak mampu membayar hutang (dengan nisbah hutang kepada KDNK dijangka berkembang kepada 180 peratus daripada KDNK tahun depan) dan oleh itu beralih untuk mengurangkan lagi beban hutang Greece dan melindungi bank dan lain-lain negara dalam proses berkenaan.

    Beliau bagaimanapun, menegaskan bahawa pengumuman rancangan adalah satu perkara, tetapi melaksanakannya adalah satu lagi langkah penting.

    Eropah gagal mengambil tindakan sejak 18 bulan lalu, katanya, dan menyatakan keraguan beliau bahawa krisis Eropah akan berakhir.

    Oliver berkata, usaha untuk mendapat pembabitan sektor swasta mungkin sukar, tanpa syarat menarik.

    Jumlah satu trilion euro itu dijangka tidak mencukupi kerana hanya akan memenuhi keperluan kewangan kasar Sepanyol dan Itali untuk dua tahun akan datang, manakala Belgium dan Perancis memerlukan 1.7 trilion euro, katanya.

    Ribut salji luar biasa landa timur AS

    • Foto

      PEKERJA membersihkan laluan pejalan kaki manakala hiasan labu di tepi jalan diselaputi salji di New York, semalam.

    • Foto

      ORANG ramai berlindung daripada salji yang melanda timur di AS, semalam.

    Dua juta penduduk bergelap selepas bekalan elektrik terputus, penerbangan dibatalkan

    BOSTON: Ribut salji yang jarang berlaku pada Oktober melanda bahagian pantai timur Amerika Syarikat menyebabkan bekalan elektrik kepada lebih dua juta penghuni rumah terputus, memaksa penerbangan dibatalkan dan meragut sekurang-kurang tiga nyawa setakat ini.
    New York, New Jersey, Connecticut dan Massachusetts mengisytiharkan kecemasan akibat ribut itu.
    “Kami menjangkakan salji akan terus turun di New York dan Maine. Menjelang pagi esok semua kawasan dilitupi salji,” kata pakar kaji cuaca kanan AccuWeather.com, Alan Reppert.

    Jurucakap Jabatan Pengurusan Kecemasan Connecticut, Scott Devico, berkata keadaan jalan yang licin menyebabkan kemalangan maut yang meragut satu nyawa di Colchester, Connecticut.

    Di Temple, Pennsylvania, seorang lelaki 84 tahun terbunuh apabila pokok dipenuhi salji tumbang di atas rumahnya, kata jurucakap Jabatan Polis Pekan Muhlenberg.

    Selain itu, seorang pemuda 20 tahun maut terkena renjatan elektrik apabila terpijak landasan kereta api elektrik sebaik keluar dari kenderaannya, kata jurucakap polis Springfield.
    Salji turun dari tengah Pennsylvania ke Massachusetts selepas menyelimuti sebahagian Virginia, Virginia Barat dan Maryland awal pagi semalam, kata AccuWeather.com.

    Salji tidak pernah berlaku pada Oktober, sementara ribut itu mencatatkan rekod dalam penurunan salji secara keseluruhan.

    AccuWeather.com melaporkan ribut salji yang tidak diduga itu memecahkan rekod yang tidak pernah berlaku sejak 1925 untuk Taman Pusat New York.

    Bandaraya New York dijangka dilitupi salji dengan ketebalan 7.5 hingga 15 sentimeter sebelum ribut menjadi lemah malam Sabtu, kata Reppert.

    Salji turut turun di ibu negara Amerika, Washington.

    Bekalan elektrik terputus disebabkan salji, ais dan pokok tumbang dilaporkan dari pertengahan Atlantik ke New England, menyebabkan jutaan penduduk dalam kegelapan.

    Penangguhan penerbangan dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia dan lapangan terbang sekitar New York. Sekurang-kurang 1,000 penerbangan dibatalkan dan Lapangan Terbang Teterboro di New Jersey ditutup sementara, kata perkhidmatan pengesanan penerbangan FlightAware.com.

    Di Connecticut, Gabenor Dannel Malloy mengarahkan kenderaan bukan untuk tujuan kecemasan tidak menggunakan jalan raya di Wilbur Cross dan Merritt Parkways berikutan keadaan pemanduan yang berbahaya.

    “Ini adalah ribut kuat bulan ini. Kita jarang melihat ribut yang kuat seumpama ini,” kata ahli kaji cuaca kanan, AccuWeather.com, Paul Walker.

    Di Bandaraya New York, salji dan keadaan sejuk menguji penunjuk perasaan yang berkampung di Wall Street membantah mengenai ketidaksamaan ekonomi negara itu.

    Bertahan dengan angin kuat, penunjuk perasaan berkelubung dalam khemah dari salji di taman di kawasan kewangan di Manhattan di mana pergerakan itu kali pertama membina khemah mereka enam minggu lalu, mencetuskan penempatan serupa di taman perbandaran di seluruh Amerika.