Monday, June 20, 2011

Pantang Fasha di lokasi

KALI PERTAMA...gandingan Fasha dan Iqram sebagai June dan Iqbal dalam Dewa Cinta.
KALI PERTAMA...gandingan Fasha dan Iqram sebagai June dan Iqbal dalam Dewa Cinta.

LETAK ke tepi sebentar segala spekulasi dan kontroversi yang pernah membelit Nur Fasha Sandha Hassan atau Fasha Sandha, 27, jika semua itu dijadikan ukuran, tiada keadilannya kerana kata-kata nakal seperti yang pernah menghimpitnya bagai tiada noktah.

Tinjau pula aspek kerjaya dan gerak lakonnya yang kian mantap dan hebat. Nama Fasha Sandha tidak perlu disangkal lagi populariti�nya. Tidak hanya bersandar pada publisiti dan kegemilangan yang sudah selesa di genggaman, Fasha seorang pelakon yang hebat dan berjaya membina empayar seninya sendiri.

  • Foto

    KARAKTER...Dewi Junita Anastasia punya identiti berbeza.

  • Foto

  • Foto

    DISIPLIN...Fasha cukup mementingkan disiplin dan tepati waktu.

Mungkin ramai yang tidak tahu, aktres berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini seorang yang mementingkan disiplin dan bangun pagi (morning person), sejak dulu.

Pengalaman sebagai penga�was ketika di sekolah dan pendedahan sepanjang membina kerjaya sebagai peragawati sebelum ini membuatkannya seorang yang begitu berdisiplin dan mudah bangun waktu pagi.


Bertemu dengan Fasha ketika majlis pelancaran drama terbaru lakonannya, Dewa Cinta baru-baru ini, kisah peribadi dan segala gosip bukan lagi menjadi topik perbualan sebaliknya ingin sekali dibongkar rahsia dirinya hingga berjaya mendaki ke tahap hari ini.


Meskipun pernah disisihkan media sebelum ini dan hampir mati lemas dipijak kontroversi, nama Fasha Sandha masih berdiri teguh. Bagi Fasha, segala yang berlaku sebagai ketentuan dan suratan yang mustahil diubah. Katanya, sikap jujur dan ikhlas juga adalah petua terbaik agar setiap langkah yang disusun tidak mudah tergelincir.

“Apa yang saya kecapi bukanlah usaha sehari atau komitmen yang baru bermula semalam sebaliknya sejak dulu, disiplin dan komitmen dalam kerja sudah dijadikan amalan. Mungkin kerana saya melihat percaturan seni sebagai satu perjuangan, lantas saya tidak mengambil mudah dalam apa saja aspek membabitkan kerja.

“Saya juga seorang yang cukup menepati masa dan menghormati waktu. Semua pelakon atau pihak produksi yang pernah bekerja dengan saya sudah tahu perihal itu dan oleh sebab itu juga, saya begitu mengharapkan pihak lain juga menghormati masa saya juga.

“Jika ditanya mengapa, saya memang tiada jawapan yang konkrit kerana apa yang diamalkan itu adalah satu tanggungjawab dan komitmen sebagai seorang pelakon.

“Saya ikhlas berada di gelang�gang seni dan tujuan utama untuk mencari rezeki. Justeru, saya melihat disiplin itu sebagai satu resipi terbaik yang menjadi rahsia buat saya selain persediaan sebelum membawa watak diberikan,” katanya.

Bintang filem Cicakman dan Anak Halal ini juga mempunyai� pantangnya ketika di set peng�gambaran iaitu begitu menghormati skrip miliknya. Jika ada orang yang melangkah atau pelakon lain tidak membawa skrip mereka hingga terpaksa meminjam ‘nyawanya’ itu, ia memang jelas mengundang marah kepadanya.

Mungkin sebab itu juga, biar dipalit seribu satu kisah panas, hakikatnya, Fasha tetap menjadi pilihan produser dan pengarah untuk menjayakan drama atau filem mereka. Wajahnya tetap menjadi taruhan untuk menarik minat penonton hingga berderet-deret drama lakonannya menanti tayangan.

Siri Chinta membuka mata penonton mengenai bakat lakonannya begitu juga Samson Delaila dan Dia Atilia. Baru saja selesai penggambaran 5 Tahun 5 Minit, Fasha terus berkejar ke set drama Dewa Cinta pula. Selepas ini, Fasha bakal melang�kah ke set drama siri terbitan Suhan Movies pula.

Menyifatkan semua itu sebagai rezeki dan hadiah atas kesungguhannya, pemilik pusat kecantikan Chinta Saloon ini mengakui terpaksa menolak dua tawaran filem semata-mata tidak mahu hilang fokus dengan mengambil dua kerja dalam satu masa.

“Bohong kalau saya katakan tidak terkilan kerana terpaksa menolak dua tawaran filem. Lebih-lebih lagi saya sudah lama tidak beraksi di layar perak. Namun saya tidak mahu mengaut semua tawaran hingga nanti terkejar-kejar pula.

“Lagipun, jujurnya sebagai se�orang pelakon, saya tidak boleh mendalami sesebuah watak itu jika tiada fokus. Oleh kerana itu, saya hanya me�ngambil watak yang sudah saya persetujui terlebih dulu.

“Alhamdulillah, pihak produksi tidak henti meletak kepercayaan kepada saya dan selesa dengan apa yang saya berikan. Memang tidak dinafikan saya banyak membintangi drama televisyen akhir-akhir ini kerana setiap tawaran yang datang itu lengkap memberikan watak yang kuat serta plot cerita yang berbeza hingga mampu menonjolkan bakat lakonan saya.

“Malah saya merasakan mung�kin ini juga alternatif terbaik untuk mendekati peminat baik di kawasan bandar mahupun jauh di pedalaman apabila saya banyak tampil untuk drama televisyen,” katanya yang merancang kembali membintangi filem tahun depan.

Dewa Cinta bakal disiarkan di TV3 menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam mulai hari ini. Kali ini, Fasha diganding�kan dengan Iqram Dinzly dan turut dijayakan Aida Khalida, Nabila Huda, Bkay Nair serta penampilan sulung, Black.

Drama siri 26 episod yang diarahkan Haris Fadzillah ini mengangkat Fasha selaku teraju utama membawakan watak Dewi Junita Anastasia atau June, penyanyi kelab malam yang menyimpan misteri kisah silamnya hingga mengheret jiwanya memberontak ingin kebebasan daripada perasaan trauma lampau itu.

Fasha yang pertama kali dipertemukan bersama Iqram, menyifatkan plot ceritanya begitu kuat dan pembangunan watak yang begitu berbeza menyuntik rasa ingin mencuba buatnya.

“Selain watak dan jalan ceritanya yang berbeza dan menarik, Dewa Cinta pertama kali menampilkan watak saya sebagai penyanyi dan ini memaksa saya belajar bermain alat muzik. Maklumlah, kononnya saya penyanyi yang penuh karektor dan misteri. Namun saya bersyukur kerana ada Black yang sudi mengajar bermain gitar bagi menghidupkan watak June.

“Kelakarnya, ini juga pertama kali peminat dapat menyaksikan saya menyanyi sendiri menerusi dua lagu, Endless Love dan Dewa Cinta. Memang ia satu pengalaman yang indah dan begitu hebat sekali,” katanya.

Dewa Cinta menemukan dua jiwa berlainan latar belakang, Iqbal lakonan Iqram, seorang anak muda yang lahir daripada keluarga berada namun cuba melarikan diri selepas memberontak dengan perasaan sendiri akibat ayahnya yang terlalu garang.

Iqbal meninggalkan kemewahan dan menyembu�nyikan perasaannya sebelum bertemu June, wanita yang lebih berusia daripadanya namun punya sikap dan personaliti menarik.

June masih setia menanti kekasihnya di luar negara ��untuk bermain muzik namun hingga ke saat ini belum pulang kepadanya. Akhirnya, atas dasar ikhlas dan keserasian yang lama-kelamaan muncul, June dan Iqbal mula terperangkap dengan kemelut cinta.



PROFIL

Nama Penuh: Nur Fasha Sandha Hassan
Tarikh Lahir: 28 Mac 1984
Tempat Lahir: Johor Bahru, Johor
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik
Drama: Kasih... Relaku pujuk, Songket Cinta Bertenun Duka, Natasha, Natasha 2, Dengan Nama Cinta, Rumah Itu Duniaku, Mentari Jingga, Usia, Seiras, Sutera Maya, Spa Qistina, Duyung Aridinata, Chinta, Samson Delaila, Dia Atilia, 5 Tahun 5 Minit dan Dewa Cinta.
Filem: Skrip 7707, Cicakman 2: Planet Hitam, Cinta U-Turn, Evolusi KL Drift, Anak Halal, Nana Tanjung 2, 9 September, Cicakman, Cinta, Nana Tanjung, Gong, Bujang Senang, Anak Mami Kembali, SH3 The Movie, Berlari Ke Langit, Bintang Hati dan Black Maria.
Iklan: Darlie, Sunsilk, Maybelline, Garnier, Maxis, Petronas, Nokia, Darlie,Pantene,Total Image, Walls Ice Cream dan Fair & Lovely
Pencapaian: Pelakon Wanita TV dan Filem Popular sebanyak �empat kali di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: