Thursday, January 13, 2011

Tak sukar miliki wajah berseri

BARU...Clarifying Lotion Twice A Day Exfiliator yang dapat membantu membuang sel kulit mati.
BARU...Clarifying Lotion Twice A Day Exfiliator yang dapat membantu membuang sel kulit mati.
CHRISTINE...kulit perlu sentiasa disental.
CHRISTINE...kulit perlu sentiasa disental.

TIDAK kira wanita ataupun lelaki, pengetahuan terhadap penjagaan kulit memang penting kerana jika tidak, ia bakal mengundang kerosakan kulit wajah sekali gus menimbulkan kecelaan dan mempercepatkan penuaan.

Berbanding lelaki, wanita dikatakan lebih menginginkan kulit wajah yang cantik, bersih dan berseri.


Tetapi, tidak semua wanita memilikinya kerana kesihatan kulit dikatakan banyak bergantung kepada genetik dan persekitaran.

Bagi yang tidak dilahirkan dengan kulit yang tidak sebegitu bersih dan cantik, usaha yang gigih dalam penjagaan kulit wajah tetap mampu membantu memenuhi impian berkenaan.


Melalui pengetahuan serta penggunaan produk yang terbaik, apa yang diimpikan tidak mustahil untuk menjadi kenyataan.


Namun, untuk memiliki wajah bersih dan berseri sebenarnya tidak terlalu sukar seperti dibayangkan.Pengurus Kanan Pendidikan Clinique, Christine Leong, berkata kulit manusia adalah seperti marmar yang perlu dicuci setiap hari bagi memastikan ia bersih dan nyaman pada kaki.


Untuk memastikan lantai marmar kekal kilat dan bersih, ia perlu digilap dengan mop untuk mengekalkan kilatnya, sama seperti kulit wajah.

Kata Christine, biarpun kesan kekotoran itu tidak nampak jelas pada wajah, ia masih mampu memberi implikasi termasuk ditumbuhi jerawat selain kusam dan tidak berseri.


"Kulit adalah organ badan yang terbesar dan jika dibandingkan dengan bahagian badan lain, ia lebih mudah kotor.


"Struktur kulit terutama di kawasan zon T iaitu sekitar dahi dan hidung memang mudah berminyak dan menyebabkan kekotoran lebih mudah melekat.


"Justeru, kulit perlu sentiasa disental sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya segala kekotoran itu dapat dibuang," katanya pada majlis pelancaran produk terbaru jenama itu, Clarifying Lotion Twice A Day Exfiliator, di ibu negara, baru-baru ini.


Rangkaian penjagaan lengkap itu dirumus khas bagi memenuhi keadaan serta jenis kulit yang dimiliki masyarakat Asia terutama di kawasan panas dan lembap.


Ia hadir dalam empat formula berbeza iaitu untuk kulit sangat kering ke kering, kombinasi kering, kombinasi berminyak dan berminyak.


Menurut Christine, bahan utama rangkaian produk itu ialah acetyl glucosamine dan asid salicylic yang berperanan menanggalkan sel kulit mati dan mengekalkan proses pembaharuan sel secara semula jadi.


Katanya, menyental bukan saja dapat membuang sel kulit mati malah dapat merangsang kulit muka supaya lebih sihat dan muda.


"Keberkesanan tiga langkah yang dilakukan dua kali sehari setiap hari itu begitu ketara selepas digunakan secara konsisten.


"Pengelupasan berkurangan untuk kulit kering manakala kulit berminyak juga akan berkurangan dan membantu pori mengecil.


"Selepas dua minggu, kulit kering hilang dan kulit menjadi lembap manakala kawasan berminyak lebih seimbang dan berseri," katanya.


Pakar kulit, Dr Shirley Chan, pula berkata pencemaran luaran serta tekanan hidup yang dialami sebenarnya boleh memberi impak pada keupayaan kulit untuk memperbaharui sel secara semula jadi.


Katanya, solekan pada kulit wajah perlu dicuci sebersih-bersihnya sebelum tidur. Antara amalan yang boleh membantu mendapatkan kulit wajah yang cantik adalah minum air secukupnya dengan diikuti amalan serta gaya hidup yang sihat.


"Kecantikan secara semula jadi sebenarnya lebih berseri dan bermakna berbanding rawatan kecantikan.


"Ini disebabkan rawatan kecantikan bukan saja menggunakan jarum suntikan atau pisau bedah. "Disiplin diri dengan rajin bersenam, menjauhi alkohol, rokok serta hidangan berminyak adalah antara petua terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik tanpa perlu bersusah payah," katanya.



Tip tiga langkah, tiga produk, tiga minit dan dua kali sehari:

1. Pembersihan: Bersihkan muka dengan sabun Clinique dalam variasi formula Exra-Mild, Mild atau kulit berminyak untuk menyegarkan dan membersihkan kulit tanpa kesan ketidakselesaan atau ketat mahupun kering.

2. Pengelupasan: Clarifying Lotion Twice A Day Exfiliator yang dikenali sebagai 'Pembuat Perubahan' menyingkirkan sel mati bagi mendapatkan wajah yang berseri dan membantu pelembap memberikan kesan magis.
Ia mempunyai empat formula untuk pelbagai kulit yang bertindak sebagai agen pengelupasan. Caranya mudah, hanya letakkan Clarifying Lotion pada kapas dan sapu di sekitar muka dan leher.

3. Pelembapan: Semua kulit memerlukan pelembapan. Penggunaan Dramatically Different Moisturizing Lotion boleh melembapkan wajah supaya sihat. Ia menawarkan kelembapan yang lebih ringan dan menyegarkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: