Sunday, January 16, 2011

Sekolah baru, hidup baru!




Sempena tahun baru, TV9 akan menghidangkan sebuah drama bersiri menarik iaitu 6 Progresif yang akan menemui penonton setiap Khamis jam 8.30 malam.

Drama yang berkisarkan tentang kisah kehidupan beberapa pelajar sekolah ini diarahkan oleh Fairuz Loy dan dibarisi oleh pelakon remaja yang masih segar dalam bidang seni iaitu Zahiril Adzim, Nas-T, Hanis Kamal, Nabila Dally dan Faralyna Idris.

Mesej positif dan pengajaran juga turut diselitkan dalam drama 14 episod ini khususnya penekanan terhadap kepentingan disiplin, sikap positif dan kebenaran yang akan sentiasa menjamin kejayaan seseorang di alam persekolahan. Apatah lagi dalam usia muda remaja, pelbagai perubahan emosi dan fizikal akan berlaku dalam proses kematangan ke arah dunia kedewasaan. Peranan guru-guru juga amat penting dalam membentuk pelajar, mengetahui keperibadian mereka dan menjadi contoh yang terbaik kepada setiap pelajar.

Drama yang akan disiarkan di dalam slot Aurora di TV9 ini mengisahkan tentang perjalanan pelajar di SMK Sungai Terok terutamanya kelas 6 Progresif. Nik Adli (Zahiril Adzim), Dahlia (Faralyna Idris), Lily (Nabila Dally) dan Kecoh (Nas-T) merupakan antara pelajar yang menonjol dalam kelas yang paling bermasalah ini.

Pergolakan demi pergolakan berlaku dan wujudnya konflik yang tidak berkesudahan. Namun yang pasti mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Apakah mereka akan berjaya?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 6 Progresif yang akan bersiaran pada setiap Khamis jam 8.30 malam, hanya di TV9, saluran Di Hatiku!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: