![]() |
| AYU RAUDAH antara yang awal mencuba rawatan muka dan badan Beautiful Bride. |
JIKA sepuluh tahun dahulu, orang memandang penjagaan diri dan kecantikan suatu hal yang remeh. Hari ini wanita atau lelaki mengakui perkara ini hal yang penting untuk penampilan dan keyakinan diri. Berjalan di bandar-bandar kecil, kita dapat menyaksikan pusat rawatan kecantikan, spa dan butik-butik menjual produk kecantikan tumbuh seperti cendawan.
Senario ini menyaksikan perubahan gaya hidup masyarakat.
Tidak mengira usia, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk memelihara kecantikan wajah dan tubuh.
Namun perlu diingat, memelihara kedua-dua aspek kecantikan itu tidak harus dilakukan secara luaran semata-mata kerana kecantikan sejati ber mula daripada dalam.
Pendek kata kecantikan itu adalah hasil daripada kebijaksanaan wanita menentukan kesempurnaan pemakanannya selain menjaga kebersihan dan teliti dalam memilih bahan kosmetik.
Memahami akan kepentingan penampilan bagi pengantin pada hari perkahwinan mereka, AsterSpring, melancarkan pakej rawatan muka dan badan Beautiful Bride.
Pakej lengkap merangkumi produk penjagaan kulit Dermalogica bagi rutin kecantikan harian di rumah dan produk solekan penjagaan kulit, Averine, yang bakal pengantin boleh gunakan sebagai hantaran.
Mulai 9 Disember 2010 hingga 31 Mac 2011, AsterSpring melancarkan pakej Beautiful Bride dan lain-lain promosi menarik di semua cawangan pusat kecantikan AsterSpring di seluruh negara. Para pelanggan boleh mendapatkan satu sesi ‘face mapping’ bagi memahami keadaan kulit mereka dan rawatan badan yang bersesuaian bagi persiapan untuk hari istimewa mereka nanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, sila layari laman web kami di www.asterspring.
com atau hubungi AsterSpring Customer Client Service Careline di (603) 7809 6666.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: