Saturday, January 15, 2011

Negara pembekal pembantu rumah ditambah


KERAJAAN akan menimbang cadangan untuk mengambil pembantu rumah dari pelbagai negara bagi menampung kekurangan tenaga kerja itu. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbang kemungkinan untuk menambah negara sumber pembantu rumah asing bagi menampung kekurangan pembantu rumah semasa, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada isu berkaitan kekurangan pembantu rumah warga asing ekoran keputusan kerajaan Indonesia membeku penghantaran mereka sejak 2009.

"Kerajaan masih meneruskan perbincangan mengenai pembekuan penghantaran pembantu rumah dengan Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: