GEORGE TOWN – Pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamed Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar sudah memaafkan tindakan keterlaluan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik dalam serbuan di premisnya baru-baru ini, namun maaf sahaja nyata tidak cukup.
Ini kerana pemilik restoran di Gat Lebuh Maccallum, di sini itu tetap akan meneruskan tindakan undang-undang di atas kerugian yang dialaminya selain enggan menarik balik laporan polis yang telah dibuat terhadap Wei Aik yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
“Maaf tetap maaf, tetapi saya tetap akan mengambil tindakan (terhadap Wei Aik). Sehingga hari ini (semalam) saya kerugian kira-kira RM30,000 selepas kehilangan hampir separuh pelanggan saya,’’ tegas Syed Kassali ketika ditemui pemberita semalam.
Dia masih berbincang dengan Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Persatuan Restoran India Muslim Malaysia (Presma) sebelum memutuskan bentuk tindakan yang akan diambil.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: