SEREMBAN - Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian anak perempuannya yang berusia lima tahun di Port Dickson pada Julai tahun lalu.
Long Chee Meng, 34, kelihatan tenang dan mengangguk tanda faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin.
Dia yang memakai baju T berwarna cerah mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan dan memohon untuk dibicarakan.
Mengikut pertuduhan, Chee Meng didakwa menyebabkan kematian Long Sok Xian di rumah mereka di Nombor 232, Jalan 10/2, Bandar Spring Hill, Batu 9, Lukut dekat sini antara pukul 8 malam dan 10.25 malam 29 Julai 2010.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: