|
|
SYDNEY - Lebuh Raya Pasifik di utara negeri New South Wales (NSW), Australia masih ditutup selama beberapa jam semalam selepas sebuah lori tangki minyak terbalik dan meletup, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.
Anggota-anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran lori itu yang berisi 40,000 liter petrol di Tintenbar, 10 kilometer dari Ballina pada waktu tengah hari.
"Lebuh raya ini ditutup sehingga semua tumpahan minyak habis terbakar," kata jurucakap bomba NSW, Superintenden Ian Krimmer.
Pemandu lori tangki itu terbunuh dalam kejadian tersebut.
Seorang ahli perniagaan tempatan, Tony Gilding yang memandu sebuah kereta dari arah bertentangan melihat lori minyak itu melanggar bahu jalan dan terbalik.
"Apabila saya memberhentikan kereta dan cuba untuk membantu, ia sudah terlambat kerana lori itu sudah terbakar," katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa memberitahu, dua orang yang terperangkap di dalam sebuah kenderaan di tempat kejadian berjaya dikeluarkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: