Thursday, January 13, 2011

Khir Toyo pulangkan gelaran Datuk Seri


DARJAH kebesaran S.P.M.S.


SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo (gambar) meminta semua media dan penganjur program supaya menggugurkan penggunaan gelaran Datuk Seri pada pangkal namanya berkuat kuasa semalam.

Mohamad Khir berkata, pada pertengahan Disember lalu, beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Sultan Selangor bagi memulangkan buat sementara pingat darjah kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Beliau berkata, surat tersebut dibuat berikutan kes yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan salah guna kuasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: