LONDON: Penyanyi Justin Bieber, 16, dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan ketika berada di lokasi penggambaran drama bersiri CSI: Crime Scene Investigation.
Laman web contactmusic.com melaporkan bintang remaja sensasi itu mengalami masalah pernafasan pada malam Rabu dan terus dikejarkan ke Hospital Providence St. Joseph di Burbank, California dengan serta-merta.
Bieber bagaimanapun dibenarkan keluar setengah jam kemudiannya selepas mendapat rawatan.
Wakil penyanyi lagu Baby itu mengesahkan berita tersebut dan berkata artis itu berada dalam keadaan baik.
"Dia berada dalam keadaan yang baik dan sudah kembali ke lokasi penggambaran," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: