Sunday, January 16, 2011

Hukuman bukan serentak

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mampu mengendalikan 9,000 remaja yang bakal menghadapi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga 240 jam kerana kesalahan gagal menghadiri Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat jabatan itu, Sh. Abu Bakar A. Hamid berkata, bahagian itu yang telah menjalankan hukuman perintah khidmat masyarakat sejak 2008 mempunyai tempat dan pegawai yang mencukupi bagi mengendalikan jumlah pesalah tersebut.

"Kesemua mereka menjalani perintah hukuman ini bukanlah secara serentak tetapi akan dibuat sedikit demi sedikit,'' katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechik bahawa terdapat kira-kira 9,000 remaja bakal berdepan tindakan undang-undang ekoran kegagalan mereka mengikuti PLKN sepanjang lapan tahun lepas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: