GEORGE TOWN - Orang ramai khususnya yang beragama Islam digesa memboikot produk yang menggunakan logo halal asing termasuk kes membabitkan nasi lemak keluaran sebuah syarikat di Bukit Mertajam dekat sini kerana ia dikhuatiri menggunakan bahan yang mengandungi unsur haram.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussien berkata, pihaknya turut mengesyaki pengusaha makanan itu cuba menyembunyikan sesuatu memandangkan mereka tidak membenarkan kakitangan jabatan itu menjalankan siasatan di premis tersebut baru-baru ini.
Beliau menambah, siasatan itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai bungkusan nasi lemak itu beberapa hari lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: