Peminat sinetron Indonesia pasti mengenali pelakon Baim Wong yang banyak sekali membintangi sinetron yang ditayangkan di kaca TV Malaysia.
Berlakon macam gila Baim akui persaingan sengit sesama rumah p roduksi dan stesen televisyen di Indonesia yang mahu menghasilkan drama yang mendapat sambutan, membuatkan mereka bekerja bagai nak gila sehingga tidak boleh bercuti."Kami berlakon setiap hari. Malah ketika kami yang terpaksa menjalani penggambaran sebelah siang untuk tayangan pada malamnya. Kita terpaksa memikulnya sebagai satu tanggungjawab. "Kalau kita gagal penuhi kehendak itu kita akan melibatkan banyak pihak termasuk jadual artis lain dan pihak produksi juga boleh dikenakan denda oleh stesen TV kalau tak dapat siapkannya. Sebab itu kalau tak sihat sekalipun, kita terpaksa gagahkan diri ke lokasi. "Saya baru tamat penggambaran sinetron Lagu Cinta Nirmala. Bayangkan dalam masa sebulan kita kena siapkan 57 episod. Pihak produksi hanya ada masa selama sebulan sahaja kerana heroinnya Alyssa Soebandono terpaksa kembali ke Australia. Dia masih belajar di sana. Sebab itu sekarang saya ada masa rehat sikit," kata Baim. Bila-bila masa boleh kahwin Sinetron Kejora Dan Bintang yang dihasilkan pada tahun 2009 adalah gandingan pertama Baim dan Alyssa Soebandono. Sebelum ini Baim selalu digandingkan dengan bekas kekasihnya Marshanda. "Alhamdulillah peminat menerima gandingan kami sebab itu produksi terus menggandingkan kami dalam beberapa sinetron. "Di Indonesia kejora Dan Bintang mendaat sambutan yang menggalakkan dan saya harap peminat di Malaysia juga akan menyukainya," jelas Baim yang kini solo tanpa teman wanita disisi.Ditanya pasal kahwin, Baim tanpa berselindung mengatakan dia sentiasa bersedia kahwin kalau bertemu jodoh. Hubungannya dengan Marshanda putus pada tahun 2008 setelah tiga tahun bercinta. Cintanya dengan Yessy Wang juga sudah putus kerana perbezaan agama. "Saya solo... kalau ada calon bila-bila masa saja saya akan kahwin," kata Baim serius. Kejora Dan Bintang akan ditayangkan di Astrio Ria mulai 25 Januari ini pada pukul 6.30 petang. Drama 72 episod itu turut menampilkan Lucky Perdana, Rachel Amanda, Mieke Wijaya dan ramai lagi. Tak sangka popular di Malaysia Baim mengakui terkejut bila melihat kehadrannya dalam acara tayangan perdana Kejora Dan Bintang di Cathay Cineplex, eC urve, Damansara dihadiri ramai peminat, malah mereka menunggunya sejak awal lagi."Saya tak sangka sambutan peminat begitu sekali. Saya pernah datang bercuti di Kuala Lumpur dua tahun lalu, tak ada orang kenalpun pada masa itu. Hari ini saya lihat ramai sekali peminat," katanya yang terkejut apabila ahli kelab peminat turut membawa hadiah bersama-sama. Kelab peminat Baim Wong diwujudkan oleh peminatnya di Malaysia. Mereka juga mencipta akaun twitter kelab peminat Baim Wong Malaysia. Bisnes restoran Baim kini bergelar usahawana apabila membuka restoran. Setelah berjaya dengan restoran Oh La La, dia kini membuka pula Restoran Bakmilicious di Jakarta. "Saya baru membuka Bakmilicious sebulan lalu. Setakat ini hanya ada di Jakarta. Insya-Allah saya akan mengembangkannya secara francais. Saya ingin membesarkan rangkaiaan restoran yang menyediakan aneka masakan mi ini," katanya. Baim sendiri turut menguruskan restoran kalau dia ada masa lapang kerana mahu memastikan restorannya berjaya dan berkembang. |
Friday, January 14, 2011
Baim Wong pernah lupa diri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: