Sunday, December 5, 2010

Natalie Portman sakit tenat?


Natalie Portman


AKTRES terkenal Hollwood, Natalie Portman baru-baru ini mendedahkan dia mengalami kesakitan yang amat teruk semasa menjalani penggambaran filem terbarunya yang berjudul Black Swan.

Aktres jelita berusia 29 tahun itu memberitahu, dia terpaksa menjalani latihan yang sukar sebagai seorang penari balet semata-mata untuk memastikan wataknya hidup dalam filem tersebut.

“Disiplin fizikal sebagai seorang penari balet memang sukar, tetapi ia membantu saya untuk lebih menjiwai watak. Sakit itu harga yang harus dibayar.

“Bayangkan, anda tidak mempunyai masa untuk keluar bersama teman-teman, makanan juga dikawal dan anda juga ‘menyakiti’ badan secara konsisten menerusi tarian, rasanya tiada siapa yang sanggup mempunyai kehidupan sebegitu,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: