
BATU PAHAT - Tiga maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas sebelum terjatuh ke tebing setinggi 15 meter di Kilometer 124.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Pagoh-Yong Peng di sini semalam.
Kejadian pukul 10 pagi itu menyebabkan Sulaiman Besah@Kitam, 46, dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Mohd. Ranoorsyam Abdul Razak, 27, dari Tumpat, Kelantan dan Md. Fuat Ahmad, 53, dari Kelana Jaya, Selangor mati selepas tersepit dalam kenderaan.
Difahamkan tiga sahabat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru atas urusan perniagaan.
Sulaiman ialah Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Maju Nusa Sdn. Bhd., iaitu syarikat berkaitan perunding teknologi maklumat dan komunikasi di ibu kota. Dia baru sahaja memulakan tugas selepas pulang daripada mengerjakan haji pada 1 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd. Aris berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Camry yang dipandu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: