
JOHOR BAHRU - Berhenti kerja kilang untuk jadi penjenayah.
Bagaimanapun, tindakan sekumpulan sembilan warga Vietnam termasuk tiga wanita itu tidak ke mana apabila mereka ditahan dalam satu serbuan di tiga premis berasingan di sekitar Kelapa Sawit, Kulaijaya Selasa lalu.
Difahamkan, sejak lari daripada majikan beberapa bulan lalu, suspek yang berusia di antara 27 dan 33 tahun disyaki telah memecah masuk sekurang-kurangnya 50 premis termasuk kilang, pasar raya dan pejabat di sekitar bandar raya ini. Sebelum ini kesemua mereka bekerja di sebuah kilang di sini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, siasatan awal mendapati kesemua mereka bertindak melarikan diri daripada majikan untuk menjadi penjenayah.
"Sebelum ditangkap, kesemua mereka telah menceroboh sebuah kilang di kawasan Bukit Batu, Kulaijaya. Kita turut menemui beberapa senjata dan barang yang dilarikan termasuk 21 unit telefon bimbit, sebuah komputer riba, kamera (2), pendrive (5), mesin pemotong jenama Bosch (4) dan 60 keping cutting dish.
"Selain hasil risikan, mereka yang banyak meresahkan orang ramai termasuk pelabur negeri ini dapat ditangkap berdasarkan maklumat awam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: