Monday, December 6, 2010

Mary J. Blige turun KL


DUA hari lagi, penyanyi yang popular dengan lagu, No More Drama ini akan menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.


BERITA baik kepada semua peminat penyanyi R&B dan Soul terkenal, Mary J Blige. Penyanyi tersebut bakal membuat persembahan istimewa di Kuala Lumpur tahun hadapan.

Perkara ini telah diumumkan oleh syarikat promoter Malaysia, PR Worldwide Sdn. Bhd. yang akan menguruskan perjalanan konsert penyanyi berkenaan di negara ini nanti.

"Seperti yang dirancang, Mary J Blige dijangka akan membuat persembahan pada Rabu, 8 Februari ini di Plenary Hall, KL Convention Centre. Ia diadakan bersempena dengan siri jelajah dunia 'Music Saved My Life' yang sudah pun bermula pada Oktober lalu.

"Selain Malaysia, Mary juga turut membuat beberapa persembahan di beberapa buah negara seperti Jepun, Australia dan New Zeland.

"Namun, kami lebih gembira apabila berhasil membawa seorang penyanyi yang popular ke negara ini," ujar pengarah PR Worldwide Sdn. Bhd., Para R baru-baru ini.

Mary J Blige sememangnya satu nama yang bukan asing dalam industri muzik di Barat. Selain dikenali sebagai penyanyi R&B dan Soul, dia juga adalah seorang pencipta lagu, penerbit album dan pelakon.

Apa yang lebih mengagumkan, penyanyi yang berasal dari New York, Amerika Syarikat itu telah memenangi sembilan anugerah Grammy dan lapan kali rekod multi-platinum sejak mula membuat kemunculan pada tahun 1992.

Antara albumnya yang mendapat perhatian peminat adalah The Breakthrough yang terjual sebanyak 700,000 unit dalam masa seminggu dijual di pasaran.


JUALAN keseluruhan album figura yang memiliki vokal yang hebat ini sudah terjual sebanyak 50 juta unit di seluruh dunia.


Sesuai dengan statusnya sebagai penyanyi terkenal, Mary J Blige juga pernah membuat persembahan dengan beberapa penyanyi popular antarabangsa. Antaranya seperti U2, Sting, Shakira, George Michael, Alicia Keys dan ramai lagi.

Sehingga kini, keseluruhan albumnya telah terjual sebanyak 50 juta unit di seluruh dunia.

Jadi, jangan ketinggalan meluangkan masa menghadiri konsert Mary J Blige selama 90 minit yang akan diiringi band dan penyanyi pengiringnya sendiri itu nanti.

Bagi mendapatkan maklumat tentang tiket Konsert Mary J Blige 'Music Saved My Life' boleh menghubungi PR Worldwide di talian 03 74933010 atau layari www.prworldwidelive.com. Tiket berharga RM685, RM485, RM385, RM285 dan RM185 (tidak termasuk cukai tiket sebanyak RM3 ).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: