Monday, December 6, 2010

Jim Carrey tidak kisah turun harga


JIM sanggup dibayar murah untuk melakonkan watak lelaki yang bercinta dengan lelaki lain ketika ditahan dalam penjara menerusi filem, I Love You Phillip Morris.


MESKIPUN pernah meraih bayaran mencecah AS$20 juta (RM64 juta) untuk sebuah filem lakonannya, namun pelakon Jim Carrey tidak kisah bayaran lakonannya dikurangkan semata-mata mahu berlakon filem I Love You Phillip Morris.

Dalam filem yang diangkat berdasarkan sebuah kisah benar itu, dia memegang watak sebagai Steven Jay Russell seorang penipu yang telah dipenjara dan kemudian jatuh cinta kepada rakan sepenjaranya, Phillip Morris yang dilakonkan oleh Ewan McGregor.

Jim bersetuju untuk berlakon dalam filem yang hanya menelan belanja sekitar RM45 juta itu kerana tertarik dengan jalan cerita dalam filem tersebut dan tidak kisah menerima bayaran rendah.

"Saya langsung tidak pernah memikirkan tentang soal bayaran. Saya bersetuju untuk berlakon dalam filem ini kerana ia sebuah cerita yang cukup menarik dan suka dengan watak sebagai Steven Jay Russell.

"Lagipun, apa yang dipaparkan dalam cerita berkenaan adalah mengenai kisah cinta sesama jenis yang cukup unik dan saya sendiri telah berjaya menjiwai watak tersebut dengan baik," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: