
KUMPULAN jurusolek profesional Shu Uemura mendapati kecantikan seseorang wanita tidak hanya tertumpu kepada warna dan kosmetik yang ideal. Ia turut meliputi aspek struktur tulang, ketebalan kulit dan otot wajah bagi mendapatkan hasil aplikasi solekan wajah yang memukau.
Pada masa yang sama, untuk mendapatkan solekan eksklusif bukanlah sukar kerana apa yang penting, seseorang wanita itu perlu menitikberatkan aplikasi krim asas sebelum menyolek wajah.
Atas faktor tersebut jenama kosmetik Shu Uemura memperkenalkan rangkaian krim asas yang bertindak menyempurnakan kanvas wajah. Salah satu daripadanya ialah krim asas Face Architect Illuminating yang mencerminkan falsafah mekap unik daripada pihak Shu Uemura.
Ia bertindak melembut dan menyerlahkan solekan pada wajah wanita. Kombinasi bahan semula jadi seperti kandungan Triple Moisture Complex, Coconut Palm Kernel Oil Derivative dan Depsea water, terbukti secara saintifik memberi manfaat pada kulit wajah.
Misalnya, Triple Moisture Complex yang dihasilkan daripada minyak biji makadamia, gandum, jagung dan gliserin sayur-sayuran. Penggunaan minyak biji makadamia menjadi pilihan kerana ia kaya dengan asid lemak yang baik untuk kesihatan dan antipenuaan.
Kehebatan krim asas Face Architect Illuminating itu, turut diakui oleh duta kecantikan Shu Uemura, Yu Yamada. Menurut Yu, krim asas yang berkualiti tinggi itu begitu pantas meresap ke dalam kulit wajah.
"Lagipun ia ideal dengan kulit dan membantu menyerikan kulit wajah saya dalam tempoh berpanjangan. Bekerja di depan kamera sentiasa memerlukan saya mengekalkan tahap seri wajah yang hebat, lembut dan bercahaya," jelas pelakon, model dan penyanyi yang sering tampil di muka depan majalah fesyen utama Jepun seperti CanCam, Glamorous dan Ginger.
Krim asas UV
Selain itu, Shu Uemura turut menawarkan krim asas ultra ungu (UV) yang berfungsi menutup pori-pori dan menyempurnakan permukaan kulit wajah yang tidak rata.
Teknologi Smooth Filling Sphere dan Even Fitting Powder yang digunakan bertindak melicin permukaan kulit dan mengecilkan pori-pori.
Koleksi Krim Asas UV Shu Uemura itu didatangkan dalam dua warna eksklusif yang dapat disesuaikan dengan kulit wajah berbeza. Ia terdiri daripada warna kuning air untuk wajah kelihatan semula jadi dan sihat. Rona kuning air medium yang sesuai untuk wanita kulit cerah membantu menyerikan wajah kusam.
Magis Aya Takano
Selesai melapisi wajah dengan olesan krim asas Shu Uemura yang bersesuaian warna kulit, jangan biarkan wajah polos tanpa sebarang calitan solekan. Secara asasnya, solekan amat penting dalam membantu menyerikan wajah dan mengelakkan wajah tampak kusam serta tidak bermaya.
Sehubungan itu, jika enggan wajah polos tanpa rona solekan, anda disaran mengaplikasi wajah menggunakan kosmetik Krismas Shu Uemura yang sudah berada di pasaran.
![]() |
| SERLAHKAN penampilan wajah dengan solekan warna-warna ceria. |
Menariknya, koleksi terbaru itu bukan sahaja terdiri daripada set berus solekan dan bulu mata palsu, malah turut menampilkan koleksi palet pembayang mata serta pemerah pipi rona ceria.
Mekap artis popular kelahiran Jepun, Aya Takano, berharap golongan wanita berani tampil dengan solekan wajah yang berasaskan warna-warna pembayang mata yang terang dan ceria.
"Solekan bagaikan magis yang dapat menyerlahkan keanggunan wajah serta-merta. Biasanya, ketika menyolek seseorang, saya gemar melukis motif-motif geometri supaya wanita dapat merasai suntikan magis itu," ujar Aya Takano yang turut bekerjasama dengan Ketua Mekap Artis Shu Uemura Antarabangsa, Yuji Asano dalam menyampaikan teknik solekan menggunakan koleksi kosmetik Krismas Shu Uemura.
Oleh itu, jika ingin menikmati magis solekan yang mengasyikkan, sapu pembayang mata rona biru atau kuning keemasan. Kemudian serikan pula wajah dengan tampalan bulu mata palsu yang melentik. Seterusnya serlahlah tulang pipi bersama olesan pemerah pipi manakala gincu merah jambu lembut di bibir.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: