|
|
PENYANYI popular seberang, Krisdayanti optimis dengan kejayaan anaknya Aurel yang mengikut jejak langkahnya menjadi penyanyi selepas berduet dengan bekas suaminya Anang Hermansyah.
Malah, kata Kris, dia juga sudah melihat kecenderungan Aurel terhadap bidang seni suara sejak kecil lagi.
“Semasa umurnya empat tahun, dia sudah pandai membaca puisi, terbiasa dengan pentas dan memegang mikrofon, maka saya yakin Aurel tidak punya masalah untuk menjadi seorang penghibur,” katanya.
Malah, menurut Kris, dengan bimbingan Anang, dia yakin Aurel tidak akan hanyut dalam bidang seni.
“Bagi saya, Aurel adalah replika saya yang lebih baik, Dia sudah terdedah dengan bermacam perkembangan muzik dalam industri, berbanding saya dahulu. Dia lebih beruntung,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: