
BUTTERWORTH - Semua sekolah disaran menubuhkan Kelab Cegah Jenayah (KCJ) untuk membantu usaha mengurangkan kadar jenayah dan memastikan pelajar tidak terjebak dengan salah laku juvana.
Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamarudin berkata, dengan adanya KCJ pelajar akan mendapat maklumat terperinci sejak dari awal tentang bahaya atau implikasi jika terlibat dengan kes jenayah.
"Mulai sekarang, pihak sekolah dan polis akan berkerjasama untuk melahirkan lebih ramai pemimpin yang sentiasa prihatin dalam membendung kes-kes jenayah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Pelancaran 'Program Jom Cegah Jenayah' Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemilang, Teluk Air Tawar di sini, baru-baru ini.
Manakala Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob memberitahu, siapa sahaja boleh menjadi ahli kelab dan pihaknya sedia memberi kerjasama termasuk mengadakan sesi ceramah bagi menjayakan penubuhan KCJ.
"Pelajar tidak hanya boleh sekadar pandai dalam bidang akademik sebaliknya mereka juga perlu ambil tahu apa sahaja, termasuk gejala jenayah yang berlaku di kawasan sekeliling," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: