Saturday, November 20, 2010

Sauk bekas kekasih kawan baik

Gara-gara cinta dalam diam

Kita tahulah dua pelakon baru wanita tu berkawan baik. Kita pernahlah jumpa mereka dalam satu majlis tak lama dulu dan melihat sendiri keakraban mereka sebagai sahabat sejati.

Apatah lagi mereka pernah digandingkan bersama dalam beberapa projek lakonan. Mereka akrab kerana mempunyai perangai sama iaitu gila-gila dan nampak riang sepanjang masa. Nampaknya mereka ini ada cita rasa yang sama dalam memilih pasangan. Orang sama yang mereka dapat. Kongsi kasih ke dik?

Bukan kongsi kasih tapi salin tikar gitu. Macam ni kisahnya. Si pelakon cantik tu pernah bercinta dengan seorang lelaki. Si kawan tu pun tahu pasal kisah itu. Maklumlah mereka kawan baik. Tapi pelakon itu dah pun putus cinta dengan lelaki tersebut.

Bukanlah kerana gangguan kawan itu sebaliknya dia sendiri yang memang sudah tawar hati dan mereka sudah mencapai kata putus untuk memilih haluan masing-masing. Tapi itu baru bab satu. Bab dua lain pula halnya. Nak tahu ke mana pula si lelaki itu beralih cinta? Haa... ni yang hangat ni.

Rupa-rupanya selepas sehari mereka declare putus cinta, lelaki itu berkasih pula dengan pelakon yang sorang lagi tu. Boleh macam itu? Rupa-rupanya pelakon yang sorang lagi tu ada hati dengan boyfriend kawan sendiri dan cepat-cepat pula mahu jadi penyembuh luka.

Akibatnya hubungan mereka sedikit goyah. Bukannya kerana pelakon cantik itu cemburu atau marah, tapi timbul rasa tak sedaplah. Buat apa nak marah sebab mereka dah tak ada hubungan. Tapi bagaimana dia nak keluar bersama kawannya itu sebab nanti akan berjumpa dengan bekas teman lelaki yang kini jadi milik kawannya.

Mereka jarang lagi lepak bersama sebab tidak mahu nampak janggal abapila bertemu rakannya itu bersama kekasih. Jalan terbaik ialah menjauhkan diri sedikit demi sedikit. Tapi sebagai rakan pelakon dia tiada sebarang masalah dengan pelakon itu. Yalah... dunia seni ini tak luas, kalau bergaduh pun akan jumpa juga dalam majlis ataupun produksi yang sama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: