Saturday, November 20, 2010

Jurutera korban denggi ke-121




KUALA LUMPUR – Seorang jurutera berusia 47 tahun menjadi korban terbaru demam denggi minggu lalu, menjadikan kematian akibat wabak itu pada tahun ini berjumlah 121 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, lelaki dari Taman Bukit Mewah Kajang, Selangor itu mengalami komplikasi kegagalan organ akibat demam denggi sehingga menyebabkan kematiannya pada 9 November lalu.

Katanya, mangsa juga merupakan penghidap penyakit darah tinggi sejak 17 tahun lalu dan menjalani rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggang.

“Mangsa mula demam pada 28 Oktober lalu dan dirujuk ke sebuah pusat perubatan swasta tetapi meninggal dunia selepas menerima rawatan selama dua minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: