Sunday, November 21, 2010

10 finalis di KL Sentral

SEBAHAGIAN finalis Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes.


SERAMAI 10 finalis Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes berdepan dengan cabaran mendebarkan hari ini (Sabtu) apabila mereka dikehendaki menjual minyak wangi jenama tersebut kepada orang ramai di KL Sentral.

Persiapan akan bermula seawal pukul 8 pagi apabila mereka disolek anggun oleh jurusolek-jurusolek Shu Uemura.

Dari Studio Utusan Malaysia mereka akan bergerak ke KL Sentral bagi melaksanakan tugasan khas yang menguji kemahiran, kesungguhan dan keyakinan mereka.

Berbeza dengan pertandingan lain, finalis Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes dinilai bukan sahaja berdasarkan kecantikan dan personaliti, tetapi pada komitmen mereka melakukan tugasan.

Dalam pada itu, One Drop Perfumes turut menaja akhbar Utusan Malaysia yang akan diedarkan di KL Sentral pada hari ini.

Markah daripada tugasan ini akan dibawa ke peringkat akhir yang akan berlangsungnya majlis kemuncak Pencarian Citra Wanita.

Majlis tersebut bakal dilangsungkan di Hotel Pan Sri Pasific Kuala Lumpur pada 27 November 2010.

Pencarian Citra Wanita One Drop Perfumes anjuran bersama Mingguan Malaysia mula dipertandingkan sejak Julai lalu.

Ia mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima ribuan penyertaan wanita dari seluruh negara.

Bagaimanapun daripada ribuan penyertaan yang diterima, penganjur telah pun memilih 10 finalis yang akan meneruskan cabaran di peringkat akhir pada 27 November ini.

Mereka yang telah berjaya ke peringkat akhir ialah Seri Syamsidatul Safrun Mohd. Thani, 29, Siti Raihana Mohd Noor, 24 , Fadzilah Ahmad Marzuki, 28 dan Che Amelia Aliana Che Harun, 24.

Turut layak, Norsyarehan Ahmad Razali, 23 , Norafzan Abdul Rahman, 28, Siti Sumaziana Che Ali Mohamed, 25, Nor Hasliza Hashim, 26, Nurhilani Mohd Hidzir, 25 dan Suhaida Azmi, 26.

Pemenang berpeluang untuk membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000, trofi, set barang kemas sumbangan Tomei, pakej pelancongan Poto Travel & Tour dan hamper One Drop Perfumes.

Pemenang kedua dan ketiga pula masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000, set barang kemas sumbangan Tomei, pakej pelancongan Poto Travel & Tour dan hamper One Drop Perfumes.

Pertandingan tersebut juga turut mendapat tajaan daripada Shu Uemura, Dios Astana Bridal, Azhar by Melaka Batik House (Noor Arfa Batik) dan Kelantan Delights.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: